Cikla ingat lagi, dulu masa kakak Batriysia masih lagi sekolah tadika, sejak dia umur empat tahun sampailah umur lima tahun hampir setiap pagi dia mesti menangis masa nak mandi untuk pergi ke sekolah.
Macam-macam jugak cara cikla guna untuk pujuk dia. Pujukan paling popular adalah cikla janji nak belikan dia aiskrim masa balik dari sekolah nanti. Fair tak? Hehe. Takpelah, asalkan dia nak pergi sekolah kan.
Kalau kakak Damia pulak kadang-kadang kalau kejut dia bangun tidur, datang angin dia tak nak pergi sekolah tu macam-macam alasanlah dia bagi. Sakit perutlah, mengantuk lagilah, malu dengan kawan-kawanlah dan berbagai alasan lagi.
Tapi, alhamdullillah macam kakak Batriysia sejak masuk darjah satu ni dah ok dah dia. Bangun pagi pun ok, siap sendiri pakai baju tudung semua. Sekarang ni pun, dia pergi sekolah dah naik basikal dah. Lagipun sekolah dekat je, belakang rumah je.
Tapi, alhamdullillah macam kakak Batriysia sejak masuk darjah satu ni dah ok dah dia. Bangun pagi pun ok, siap sendiri pakai baju tudung semua. Sekarang ni pun, dia pergi sekolah dah naik basikal dah. Lagipun sekolah dekat je, belakang rumah je.
So, berbalik kepada kisah anak yang tak nak pergi ke sekolah ni, sebagai ibu bapa yang prihatin kepada anak-anak, kita sepatutnya cari apa punca anak kita jadi macam tu seterusnya cuba selesaikan masalah tersebut.
Jom kita baca langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu dan baca yang mempunyai masalah anak tak nak ke sekolah. Check it out!
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
- Momokan anak tentang keseronokan bersekolah lebih-lebih lagi untuk anak yang baru nak masuk sekolah. Cerita pada dia betapa seronoknya sekolah dengan kawan-kawan yang ramai dan cikgu-cikgu yang baik. So, dengan cara ini emosi anak kita akan lebih bersedia dan silap-silap haribulan mereka pulak yang tak sabar-sabar nak pergi ke sekolah nanti. Pendek kata, ceritakan yang positif-positif aje tau.
- Kecekalan ibu bapa jugak penting. Maknanya, bila ibu bapa menghantar dan meninggalkan anak di sekolah, ibu bapa jugak perlu kawal emosi dari melihat anak yang berwajah sedih, muram dan berlinangan air mata bila tengok kita nak balik. Lagipun, emosi ibu bapa jugak akan turut mempengaruhi emosi si anak.
- Ibu bapa perlulah positif dan kalau boleh janganlah tunggu anak tu lama-lama sangat sebab ia akan menyukarkan proses penyesuaian si anak. Masa hantar anak tu, tinggalkan aje bersama cikgu walaupun si anak menangis. Nanti taulah macam mana cikgu nak pujuk anak tu.
- Pada minggu pertama persekolahan anak, kalau boleh masa balik janganlah korang lewat pulak mengambil anak tu. Bukan apa, biasanya budak-budak ni rasa takut bila tengok kawan-kawannya semua dah balik, lagi-lagi pulak dia tinggal sorang-sorang, lagilah dia takut.
- Sekali sekala tak salah kalau menawarkan hadiah untuk anak yang tak nak ke sekolah tapi dengan syarat dia rajin ke sekolah. Tapi, sebaiknya janganlah korang offer hadiah yang mahal-mahal. Selain itu, hantarlah anak ke sekolahnya secara konsisten sebab ia akan mempercepatkan proses penyesuaian anak di sekolah.
- Kalau si anak ada kerja sekolah, buat bersama-sama dengannya. Tanya apa dia buat kat sekolah, aktiviti dia dengan kawan-kawan. Cara ni akan menunjukkan yang korang memberi sokongan dan minat kepada persekolahannya.
- Kalau ada rezeki lebih, setiap kali majlis hati jadi anak tu, apa kata korang sambut di sekolahnya. Tak payah nak buat benar-benar, cukup lah korang beli kek lepas tu goreng bihun. Itu pun dah cukup buat mereka happy.
Kalau kakak Batriysia dengan kakak Damia, memang kalau hari jadi mereka memang cikla akan belikan kek dan diaorang potong kek kat sekolah dengan kawan-kawan. Itu pun dah senyum sampai ke telinga dah. Happy bebenor.
Semoga kita menjadi ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak. Insha Allah.
Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.
Info yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa penjaga yang menghadapi masalah anak2 tak mau ke sekolah.
ReplyDeleteinfo yang bagus ni. bleh gunakan bila CR dah kawen dan ada anak nanti.:)
ReplyDeletebagusni ..kadg2 ank ni tetiba xnkg sekolah..kita la kena pandai pujuk balik
ReplyDelete