Ada orang cakap setiap penyakit tu pasti ada ubatnya kecuali mati. Bila didiagnosis dengan penyakit kanser, apa yang terlintas dalam fikiran kita, dah tentu kematian kan.
Mana taknya, dengar perkataan kanser pun orang dah gerun kan. Betul tak?
Bila di uji dengan sakit, sepatutnya kita bersyukur kerana 'dipilih' oleh Allah menerima ujian ni. Mungkin inilah cara menyedarkan kita, mungkin kita selalu lupa padaNya.
Bukan cikla nak cakap, bila kita sakit je kita kena ingat dan patuh pada suruhanNya, tapi bagi cikla ini merupakan teguran Allah pada diri kita.
Masa mula-mula doktor suspek kanser, memang sedih hati ni. Tipulah kalau cikla cakap tak sedih kan. Semua perasaan bercampur baur. Sedih, terkejut, terkedu, tak percaya, nak meraung. Semua ada.
Kalau sebelum ni dengar cerita orang lain pasal penyakit ni, kini Allah bagi cikla dugaan ni. Memang rasa down sangat masa tu.
Mulalah terfikir, macam mana dengan anak-anak dah la kecik lagi. Kalau apa-apa jadi pada aku macam mana dengan diaorang nanti. Tapi, sekarang cikla dah tak sedih lagi.
Bagi cikla, hidup mesti diteruskan. Apa yang penting, kita kena berusaha untuk sembuh, dan ikut apa kata doktor.
Lakukan apa yang kita suka, happy dengan anak-anak serta jalan hidup dengan positif dan gembira.
Selain dari ubat yang diberi doktor, tak salah kalau kita cuba alternatif lain kan untuk sembuh.
Selain dari ubat yang diberi doktor, tak salah kalau kita cuba alternatif lain kan untuk sembuh.
Asalkan bukan supplement atau ubat yang mengarut dan yang tak masuk akal. Sapu-sapu kecutlah, gosok-gosok kempislah. Macam-macam.
Apa kata cuba tips ni.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
8 surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain untuk membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah di bawah;
- Istighfar 10x.
- Salawat Nabi 10x.
- Al-Fatihah 1x.
Kemudian, sediakan sebotol air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan setiap hari dan sapu atau mandi pada anggota bermasalah.
InshaaAllah, kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya dan daripadaNya.
Surahnya adalah seperti berikut;
- Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
- Surah Al Araf (Ayat 70-81).
- Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
- Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
- Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
- Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
- Surah Ghafir (Ayat 67-77).
- Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Lakukanlah dengan yakin dan berserah kepada Allah. Sesungguhnya Allah yang memberi sakit dan Allah jua yang menyembuhkan. Aamiin.
Sumber SINI.
thanks for sharing..sangat berguna ni
ReplyDeleteNice sharing ^^
ReplyDeleteBetul cik la...hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi...stay strong and enjoy ur moment with family =)
ReplyDeleteThanks sharing cikla....
ReplyDelete