'santai tapi sampai'

Bagi cikla emak adalah insan yang paling istimewa dalam hidup cikla selain dari abah. Rasanya macam-macam panggilan 'emak' ni kan. ...

Makna EMAK!

Bagi cikla emak adalah insan yang paling istimewa dalam hidup cikla selain dari abah. Rasanya macam-macam panggilan 'emak' ni kan. Betul tak? Ada yang panggil emak, ibu, mama, mummy, umi, bonda, mak, mom dan sebagainya. 

Walaupun panggilannya berlainan, tapi maknanya adalah satu. Tanpa mereka, kita tak akan lahir ke dunia ini, menikmati pahit manis hidup di dunia.

Cikla selalu dengar orang cakap, 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Cikla sebenarnya nak bercerita pasal EMAK. Korang tahu tak apa maksudnya  ejaan EMAK? Korang nak tau tak? Jom baca ni.

Makna EMAK!
Makna EMAK! Image from Google. 

Makna EMAK!

E:  Emak
M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Ke dunia ini

E:  Emak mampu 
M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A: Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K: Kerana kesibukan dan keegoaan anak-anaknya.

E:  Engkau telah
M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu
M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu 
K:  Ke jalan kebenaran

E:  Engkau
M: Menyusukan  dan menyuapkan 
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar dan dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama 9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak-anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau.
M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A: Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir  
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu.
M: Menangislah seseorang emak itu
A: Apabila anaknya melakukan
K: Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.

E:  Emak
M: Memang Allah telah mengharamkan syurga
A: Anak yang derhaka dan menyakiti hatimu
K:  Kalau kejadian itu berlaku

E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa berapa kali kamu
M: Menelefon ibu mu
A:  Atau bertanya 
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah setiap kali selepas  
M: Melakukan solat fardu hadiahkanlah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan 
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itulah sebaik-baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak

Saya sayang EMAK saya dunia akhirat.

Sumber WhatsApp group.

3 comments:

  1. Emak.
    Kaulah segala2nya
    selagi hayat dikandung badan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam pagi rabu sis cik la

    Makna emak

    Ehsan

    Mak

    Aku

    Kaya

    Dunia akhirat

    Hehe

    Syurga kan di bawah tapak kaki ibu

    ReplyDelete