'santai tapi sampai'

Memang tak boleh nak dinafikan, mendidik anak bukan satu hal yang senang lebih-lebih lagi pada zaman yang serba serbi mencabar ini. Kalau...

5 tips mendidik anak dari Prof. Dr. Muhaya.

Memang tak boleh nak dinafikan, mendidik anak bukan satu hal yang senang lebih-lebih lagi pada zaman yang serba serbi mencabar ini. Kalau anaknya tak ramai, tak apalah kot.

Macam mana dengan mereka yang mempunyai anak yang ramai? Sudah tentu macam-macam ragam dan gelagat kan. Betul?

Memang banyak cabarannya dek kerana sikap dan perangai anak yang berbeza-beza sifat dan karektornya. Tapi, ibu dan ayah sekalian jangan risau ye. 

Sebenarnya, semuanya pasti akan mudah kalau kita pandai mengambil peluang dan menggunakan cara yang betul dalam mendidik mereka. 

Apa kata korang baca 5 tips mendidik anak dari Prof. Dr. Muhaya ni. Jom teruskan pembacaan korang tu.

5 tips mendidik anak dari Prof. Dr. Muhaya.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

  1. Apa kata kita fokus pada kebaikan anak. Ini bermakna, kita kalau sebelum ni kita asyik mencari 'salah' anak, so lepas ni jom kita tukar pulak fokus kita kepada  mencari kebaikan yang anak kita lakukan.
  2. Sentiasa memberi pujian atas apa hal positif yang anak kita lakukan sebab kalau korang nak tau, pujian boleh membentuk keyakinan diri mereka. Paling tak pun berilah penghargaan. Anak yang tak dipuji akan selalu merasa rendah diri. 
  3. Sebaiknya, elak dari mengkritik anak sebab kritikan kita akan menjadi 'racun' kepada anak. Selain itu, anak yang membesar dengan kritikan akan membenci diri mereka sendiri, selalu merasa rendah diri dan apa yang paling ditakuti adalah mereka akan 'membenci' orang lain. Lagipun, imej negatif yang dibentuk dari kritikan kepada anak akan menyebabkan mereka sukar untuk berjaya.
  4. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberikan anak kita dua perkara penting, iaitu penghargaan dan contoh yang baik. Ramai orang mengatakan, anak-anak ni adalah cerminan diri kita (si ibu dan si bapa). So, macam mana anak, macam itulah ibu dan bapanya.
  5. Bila kita selalu tangkap anak ketika melakukan kesalahan, mereka akan lebih kerap melakukan perkara salah. Apa kata lepas ni kita 'tangkap' anak bila mereka melakukan perkara yang betul sebab bila kita selalu 'tangkap' mereka semasa mereka berbuat kebaikan, mereka akan selalu melakukan kebaikan.

Apa kata lepas ni kita praktikkan tips di atas. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. InshaAllah.

Sumber Facebook.Com.

4 comments:

  1. Memang susah kita nak didik anak-anak. Tambah anak2 yang memang nakal & hyperactive. Sebagai ibu baoa kita harus bersabar layan perangai diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mmg sabar amat diperlukan. Anak bujang cikla pun mmg sgt aktif... Hari2 ibunya jadi rimau. Hihi

      Delete