Solat merupakan tiang agama. Manakala, sujud pulak adalah salah satu rukun solat yang wajib dipatuhi. Mengikut rukun solat, sujud adalah dua kali dengan tama’ninah.
Untuk pengetahuan korang, ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.
Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. (Sumber SINI).
Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT dan meminta semua permintaan yang dihajati kepada Allah swt. Ia sekaligus dapat mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dan lain-lain.

Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, kerana mendapati fakta tentang kebaikan sujud untuk kesihatan.
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.
Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak).
Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak).
Subhanallah.
Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Salah satu penyebabnya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yang tidak solat masa ini.
Oleh kerana kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, maka dengan bersujud lebih lama akan menambah kekuatan aliran darah ke otak.
Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW yang menggalakkan kita supaya sujud lama-lama pada rakaat terakhir.

Sebenarnya, kelebihan bersujud lama-lama ini adalah untuk:
- Mengelakkan pening.
- Menjauhi migrain.
- Menyegarkan otak.
- Menajamkan akal fikiran (peka).
- Melegakan sistem pernafasan.
- Memperbetulkan peranakan yang jatuh.
- Memperbetulkan dan mengukuhkan kedudukan bayi dalam kandungan.
- Mengelakkan kandungan songsang dan lain-lain.
Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud.
Subhanallah.
Sumber WhatsApp group.
Berapa indahnya perintah Allah kan
ReplyDelete