Cikla percaya, kebanyakan ibu mengandung mesti mengalami sakit di bahagian payudara lebih-lebih lagi semua di awal trimester pertama.
Ibu mungkin akan mengalami 'kesakitan' itu sehingga 3-4 minggu dalam tempoh mengandung. Payudara akan menjadi lebih sensitif, berdenyut-denyut dan semestinya sakit.
Ada sesetengahnya kalau bergesel dengan baju pun dah rasa sangat sakit, apatah lagi kalau disentuh. Tapi jangan risau. Rasa sakit itu akan semakin hilang selepas trimester pertama kerana perubahan tahap hormon akan mula stabil.
Sebenarnya, semasa mengandung kelenjar susu akan bersiap sedia untuk menghasilkan air susu.
So, keadaan ini ada kalanya akan menyebabkan kelenjar susu tersumbat, sekaligus membengkak. Ia juga akan mengakibatkan timbulnya benjolan keras, merah dan sakit terutama kalau dipegang.
Ibu jangan risau sebab benjolan ini tak bahaya sebab ia akan hilang selepas beberapa hari atau semasa ibu menyusukan anak nanti. Ini merupakan simptom biasa sebab kelenjar susu sedang get ready nak susukan baby nanti.
Berikut merupakan mengapa payudara membengkak semasa mengandung, iaitu ;
- Untuk pengetahuan korang, bagi menyokong pembesaran bayi di dalam kandungan, ibu akan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dan progesteron. Keadaan ini sama semasa ibu datang period. So, rasa sakit yang dialami mungkin sama dengan apa yang ibu rasa sebelum period, malah lebih lagi.
- Lapisan lemak akan menebal dan kelenjar susu serta darah akan bertambah. Ini merupakan persediaan payudara untuk menyusukan baby bila baby lahir kelak.
- Pada awal mengandung, mungkin payudara ibu akan membesar dengan cepat atau mungkin akan terjadi berperingkat-peringkat bila kehamilan meningkat. Tapi, ada jugak ibu yang takde mengalami apa-apa perbezaaan pads payudarannya sehingga melahirkan.
- Kalau ibu mengandung kali pertama, saiz payudara menjadi lebih 'dramatik' dan mungkin akan naik dalam beberapa saiz sehinggalah sampai masa ibu mahu melahirkan. Payudara akan berubah lagi selepas baby lahir. Sesetengah ibu mungkin rasa payudara mereka berdenyut bila darah mengalir laju ke payudara atau semua melakukan hubungan intim.
Bagi diri cikla, semasa mengandung keempat-empat anak cikla memang cikla ada jugak merasai rasa sakit pada payudara jugak.
Tapi, takdelah rasa terlalu sakit. Cuma masa cikla terpaksa stop breastfeeding adik Zara, memang time tu bengkak sangat dah. Mujurlah, lepas tu dah ok dah sebab cikla kerap pump.
Sumber Ruangan Catatan Kehamilan.
Assalamualaikum Wmbrth
ReplyDeleteSalam hari isnin cik la. bagus tips untuk ibu mengandung ni
oh gitu.. tq for the info..:)
ReplyDeleteDah lama x preggy so dh tak tau macam mana rasa sakitnya tu...haih...bila la dpt experienced lagi moment indah masa preggy
ReplyDelete