'santai tapi sampai'

Cikla rasa semua orang kenal lipas kot. Kalau cikla, lipas ni takdelah geli sangat. Tapi, jangan lipas jantan. Lipas jantan kan jenis yang t...

Fakta menarik mengenai lipas yang mungkin korang tak tau.

Cikla rasa semua orang kenal lipas kot. Kalau cikla, lipas ni takdelah geli sangat. Tapi, jangan lipas jantan. Lipas jantan kan jenis yang terbang tu. Dah lah besar. 

Hari itu, ada sekali lipas jantan tu terbang-terbang dekat cikla. Memang menggelabahlah cari penyapu, mau kasi hentam sama itu lipas. Itu belum lagi dengan jeritan histeria lagi. Mau bergegar  bumbung rumah dibuatnya. Haha. Sebenarnya, ada beberapa fakta menarik mengenai lipas yang mungkin korang tak tau. Korang nak tau tak? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Fakta menarik mengenai lipas yang mungkin korang tak tau.

Kalau korang nak tau ;
  • Nama makhluk yang bernama lipas atau dalam sebutan Inggerisnya adalah cockroach ini  berasal dari perkataan Selangor iaitu  “cucaracha” yang bermakna serangga gila.
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit. Wah... memang menakjubkan. 
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. Mak aii, memang liat betul nyawa lipas ni. Huhu. 
  • Jika berlaku peperangan nuclear, dikatakan bahawa satu-satunya makhluk yang boleh hidup adalah lipas...
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih. 
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. Lipas jantanlah tu.. 
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50 gm.
  • Lipas goreng merupakan makananq eksotik yang biasa terdapat di Cambodia. Erk, lipas goreng? 
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina. 
  • Lipas hanya perlu mengawan sekali sahaja tapi boleh menghasilkan anak sepanjang hidupnya.
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab lipas mempunyai rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani. 
  • Lipas mempunyai gigi di dalam perutnya. 
  • Lipas yang telah digunakan dan dilumurkan pada tempat luka boleh membantu mengurangkan sekaligus menghilangkan kesan bisa. 
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat. Itu sebab ada peribahasa, 'macam lipas kudung.' Tengok lipas dapat nama. Haha. 
  • Kaki lipas boleh tumbuh semula kalau patah. 
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya.
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam. 
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa. Mak aii, tak bosan ke? Haha.

Just sharing.

Sumber SINI.

2 comments:

  1. okay, baru tahu kaki lipas boleh tumbuh balik :O

    ReplyDelete
  2. ohhhh yang suka terbang terbang tu lipas jantan ke? arghhhh i hate lipas yang terbang terbang! hahahaha

    ReplyDelete