Tanggal 16 Ogos 2016, kenangan yang cikla tak akan lupakan. Pada tarikh ini, lahirlah puteri cikla yang keempat, Nur Khayra Izzara. Pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat anak adalah berbeza, walaupun lahir di hospital yang sama. Tapi, pengalaman mengandung dan melahirkan adik Zara adalah antara kenangan yang paling manis.
Umumnya, masa empat kali mengandung, cikla memang tak mengalami alahan yang teruk. Setakat pening-pening lalat dan mabuk-mabuk laut ajelah. Takdelah uwek uwek sepanjang masa. Macam tu juga masa cikla mengandungkan adik Zara. Ok je. Cikla masih boleh bergerak cergas walaupun time tu dah cukup bulan, menunggu hari untuk melahirkan.
Bayangkanlah, cikla pernah jatuh motor masa 'tengah tunggu hari', untuk melahirkan adik. Itu memang cikla tak kan lupa sampai bila-bila. Allahu, memang cuak jugaklah time tu takut apa-apa yang buruk berlaku kan. Mana taknya, memang cikla jatuh terduduk masa tergerak dari motor tu. Mujurlah takde apa-apa yang serius berlaku. Alhamdullillah, adik Zara memang kuat.
Masa bersalinkan adik Zara pun awal beberapa hari dari tarikh due. Mulanya keluar darah sikit. Mungkin tu tanda adik dah nak keluar dari perut ibu ni. Pergi hospital, doktor check perut bukan semua. Dah sudah, doktor bagitau perkara yang agak mengerikan. Masa scan, doktor cakap dia nampak uci macam dekat bawah pulak. Ya Allah, memang risau jugak time tu. Mau tak risau. Sebenarnya, risau sebab takut nanti tak pasal-pasal kena operate pulak. Huhu... Tapi, kalau dah terpaksa, apa nak buat kan. Serah diri ajelah. Janji adik selamat... Itu yang terpenting.
Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan baik. Cikla selamat melahirkan adik Zara secara normal. Sejak lahir, adik Zara memang tak banyak kerenah. Kini, setahun berlalu. Rasanya macam semalam je cikla melahirkan adik. Pantasnya masa berjalan kan.
Selamat hari lahir adik Zara. |
Selamat hari lahir adik. Setahun dah usia adik. Semakin besar, semakin bijak. Kelasakannya pun makin bertambah. Kalau menangis, suara dialah yang paling kuat, gamat satu kampung. Semoga adik membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah.
Ayah, ibu, Kakak Batriysia, kakak Damia dan abang Ammar sayang adik.
Happy birthday adik zara.. may Allah bless you..
ReplyDeleteTerima kasih auntie. Akin..
Deletehepi bestday zara..:)
ReplyDeleteThanks auntie..
DeleteTerima kasih uncle...
ReplyDelete