Advertisement

Salam Kemerdekaan yang ke-60.

Salam Kemerdekaan yang ke-60. | Assalamualaikum wbt. Tanggal 31 Ogos setiap tahun negara kita Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan negara kita. Sebenarnya, untuk mengecapi nikmat kemerdekaan ini melalui liku-liku dan detik-detik yang sukar. Begitu besar pengorbanan dan usaha orang yang terdahulu untuk mendapatkan negara yang merdeka. Kesusahan mereka, kini menjadi 'nikmat' kepada generasi sekarang.

Masa sekolah dulu, subjek yang paling cikla minat adalah subjek Sejarah. Itu sebab boleh dapat A1 dalam SPM. *hehe bangga sat. Sebenarnya, memang penting kita belajar sejarah ni lebih-lebih lagi sejarah negara kita. Bagi cikla, bila kita belajar Sejarah, secara tak langsung ia akan dapat memupuk semangat cintakan negara. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui susur galur bagaimana kemerdekaan negara kita ini dikecapi. 

Salam Kemerdekaan yang ke-60.
Salam Kemerdekaan yang ke-60. Sumber Google.

Salam Kemerdekaan yang ke-60.

So, cikla nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60. Semoga kita akan lebih mengetahui dan menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka bukan hanya pada negara, tapi pada diri kita sendiri jugak. Jangan biarkan orang lain 'menjajah' minda dan diri kita. Tanamkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada negara. Bersatu mempertahankan kedaulatan negara tak kira warna kulit, bahasa dan bangsa. Kita satu Malaysia!

Negara kita negara berdaulat. Negaraku sehati sejiwa.....

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga negara kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya ^^

    ReplyDelete