Jom makan buah kiwi untuk kulit cantik.

By Cikla Shahril - August 01, 2017

Cikla rasa semua orang kenal dengan buah kiwi kan. Betul tak? Buah kiwi merupakan sejenis buah yang berbulu halus dan ia sememangnya kaya dengan nutrisi dan sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. 

Untuk pengetahuan korang, buah ni sangat kaya dengan vitamin C, E, antioksidan dan asid amino. Dengan adanya nutrisi ini, buah ini dikatakan sangat membantu untuk menjadikan kulit kita nampak berseri dan kelihatan lebih muda.

Justeru itu, ada banyak kelebihan yang ada pada buah berbulu halus ini terutamanya dalam menyerlahkan kecantikan secara semulajadi. 

Bagi cikla, apa yang penting kita nampak cantik tanpa memerlukan modal yang besar. Dengan buah kiwi ni pun boleh Nak tau tak? Jom baca seterusnya ni.

Jom makan buah kiwi untuk kulit cantik.

Buah kiwi kaya dengan serat dan antioksidan. Ia boleh menjadikan kulit kita sihat dan berseri-seri. Tak keterlaluan cikla katakan buah kiwi ni umpama julap sebab ia bagus dalam melancarkan pembuangan toksin dari badan termasuklah lebihan air. Kelancaran ini akan menjadikan kulit kita lebih cantik dan bersih. 

Kehadiran vitamin E di dalam buah kiwi jugak dapat membantu menjadikan kulit kita lebih lembap sebab ia membantu regenarasi sel berlaku seterusnya memberikan kulit lebih nampak awet muda.

Di samping vitamin E, kehadiran vitamin C dalam buah kiwi pulak boleh dijadikan sebagai 'penggalak' kepada pengeluaran kolagen secara semulajadi. Kehadiran kolagen ini akan menjadikan kulit lebih anjal dan cantik. Untuk pengetahuan korang, kolagen merupakan rangkaian protein yang menjadikan kulit lebih gebu dan nampak muda. 

Buah kiwi turut membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka, sekaligus menghalang kulit jadi kasar dan kering. 

Kehadiran asid lemak omega-3 di dalamnya menjadikan ia bagus dalam rawatan untuk penyakit kulit sebab dikatakan boleh melindungi kulit dan dapat mengekalkan kesihatan sel membran.

Buah kiwi jugak bagus dalam mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan yang boleh menyebabkan masalah blackhead dan jerawat berlaku. Nak tau petuanya? 

Senang je, korang just campurkan buah kiwi dengan jus lemon kemudian sapukan campuran itu pada muka. Biarkan ia kering sebelum dicuci. Buat secara konsisten, insya’Allah hasilnya nanti pasti tak mengecewakan korang. 

Campuran avokado dengan buah kiwi yang dilenyek halus boleh dijadikan sebagai pupur. Sapukan campuran ni pada muka dan leher dan biarkan lebih kurang 15 minit sebelum di basuh bersih. Kesannya, kulit wajah korang akan jadi lebih lembut. Cubalah!

Macam yang cikla cakap awal-awal tadi, buah kiwi ni bagus sebab adanya antioksidan di dalamnya. Kalau korang nak tau, antioksidan ini akan bertindak meneutralkan kesannya pada kulit sekaligus regenerasi kulit pun akan meningkat. Keadaan ni akan melambatkan kesan penuaan seperti kedutan dan garisan halus. 

Kehadiran AHA semulajadi dalam buah kecil ni jugak adalah sangat membantu merawat jerawat dan membersihkan liang roma kerana kehadiran bahan antiradang kulit. Caranya pun senang je, just lenyek buah kiwi dan sapu pada kulit yang bermasalah itu.

Buah kiwi jugak sangat kaya dengan asid amino yang mana ia boleh melindungi kulit kita dari sinaran matahari sekaligus mengelakkan kulit dari rosak. 

Korang boleh makan buah kiwi macam tu aje atau dijadikan jus pun boleh. Pengambilan buah kiwi secara konsisten sangat membantu dalam peningkatan sel yang baru pada lapisan kulit kita sekaligus menjadikan kulit lebih lembap dan muda.

So, jom makan buah kiwi lepas ni. Apa kata kita masukkan buah kiwi ni dalam diet harian kita. Sesekali ubah selera apa salahnya kan.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Berkhasiat buah kiwi ni kan...

    ReplyDelete
  2. Buah kiwi is a must dalam fridge umah kak SA...satu lagi buah strawberry...makan ni elok utk awet muda...

    ReplyDelete