Advertisement

Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri.

PELAKON CANTIK, SITI SALEHA TELAH SELAMAT BERGELAR ISTERI. Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik manis, Siti Saleha ni kan. Cikla pun minat jugak dengan lakonan dia ni since dia berlakon dalam drama popular, '7 hari mencintaiku' tu. Kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan aktress cantik ni, mesti dah tau yang dia telah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada November tahun lepas. 

Orang cakap bertunang lama-lama pun tak elok kan. Banyak dugaan kata orang. Darah manislah katakan. So, pada Jumaat lepas dia telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar. Syukur alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Dah ramai dah kan artis yang mendirikan tangga. Baguslah macam tu. Orang cakap jodoh dah sampai. Lagipun, perkara baik dan urusan 'membina masjid' ni tak elok dilengah-lengahkan. Lagi cepat, lagi bagus. Betul tak? 

Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri.

Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri.
Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri. Sumber ASTRO Gempak. 

Akad nikah telah berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara dengan sekali lafaz dan telah dihadiri oleh keluarga kedua mempelai dan sahabat rapat. Siti Saleha menerima mas kahwin RM500 dan 7 diulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas 9 dulang hantaran dari pihaknya. Kalau korang nak tau, Siti Saleha dan pasangan memilih untuk tak menerima penajaan kecuali ada beberapa barangan hantaran dari kenalan terdekat sahaja.

Cikla doakan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua pengantin. Semoga tabah dan sabar  menjalani bahtera perkahwinan. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin...


Sumber Harian Metro.

Post a Comment

1 Comments