Hari ni cikla admit Ward Radionuklid, Klinik Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan RAI. Masa entri ni dikarang, cikla baru je minum lagi 'air mahal' tu. Memang takde rasa langsung. Tasteless. Rasa takde, bau pun takde. Alhamdullillah, cikla berjaya menempuhinya.
Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI. |
Siapa yang tak tau pasal rawatan RAI ni meh baca cikla share sikit supaya korang boleh dapat gambaran sikit.
Apa itu rawatan radioiodin atau RAI?
Info ni cikla share dari group TAIROD DAN ANDA di Facebook. Radioiodine atau RAI adalah cecair iodine yang beradioaktif untuk menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi pesakit hyperthyroid, dan ia jugak berperanan untuk mengecutkan bengkak tiroid tapi bagi bengkak dari jenis tertentu saja.
Selain itu, bagi mereka yang mengambil carbimazole lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik dan tak pernah stabil. Di samping itu, rawatan ini adalah untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak.
Apabila mengambil RAI ni, pesakit mesti menjalani tempoh kuarantin 8 hari. Tapi, untuk dos tinggi (kanser), pesakit kena dikuarantinkan di ward selama 4-5 hari, kemudian disambung kuarantin kat rumah untuk cukupkan 8 hari.
Kalau ada anak kecik, kena tambah lagi beberapa hari supaya kesan radiasi hilang sepenuhnya.
Bagi yang mengambil dos rendah tak kiralah sama ada kanser atau hyperthyroid, pesakit akan menjalani tempoh kuarantin 8 hari di rumah sahaja, tak perlu stay kat ward.
Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI. |
Macam kes cikla ni, cikla akan mengambil dos tinggi sebab cikla papillary thyroid ca.
Tadi doktor cakap, cikla kena ambil around 80-100mci. Untuk yang pertama ni cikla memang kena ambil yang tinggi dulu.
Oklah, cikla nak rehat sekejaplah. Nanti lepas sejam baru boleh makan dengan minum macam biasa. Nanti cikla update lagi ye. Semoga dipermudahkan perjalananku lima hari di sini. Amin!
Semoga dipermudahkan buat Cik La...
ReplyDeleteTerima kasih SA.. Amin.
DeleteDasat ye sakit tiroid ni camni sekali
ReplyDeleteSakit tiroid ni ada mcm2. Setiap org ada yg sama ada yg tak. So, rawatan yg diberikan pun ada yg sama ada yg tak.
DeleteRehat banyak2 cikla :)
ReplyDeleteThanks farhanah... Mmg rehat habis kt sini. 😬😬😬
DeleteSemoga cepat sembuh ya cik la
ReplyDeleteThanks Mazni...
DeleteCikla, semoga semuanya baik2 saja, dan cepat sembuh ya. Amin.
ReplyDeleteTerima kasih sis. Insha Allah, Amin.
DeleteSemoga segalanya berjalan lancar dam dipermudahkan Allah untuk Cik La..
ReplyDeleteThanks sis. Amin.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan CikLA
ReplyDeleteTerima kasih CM. Amin..
Deleteamin...amin semoga di permudahkn segalnya
ReplyDeleteTerima kasih JM. Amin...
Deletemoga dipermudahkan :)
ReplyDeleteThanks Aida..
DeleteSemoga cepat sembuh CikLa...
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteSemoga dipermudahkan sis..
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteSemoga cikLa kuat menghadapi ujian
ReplyDeleteInshaAllah.. Amin. Terima kasih WP.
Delete