Advertisement

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.

5 SIKAP LELAKI YANG TAK MUNGKIN PEREMPUAN PILIH UNTUK DIJADIKAN SUAMI. Aiseh, tajuk bukan main lagi. Silap-silap ada pulak yang marah cikla ni karang. Hihi. Janganlah begitu. Cikla share ni bukan sebab nak blame para lelaki tau, tapi perkongsian ni lebih kepada panduan kepada lelaki supaya mana-mana sikap yang kurang 'hensem' tu bolehlah korang ubah sikit-sikit. Cikla tau, bukan senang nak berubah secara drastik kan. Berubahlah perlahan-lahan.

Slowly, but it's works. Bak kata orang putih. 

Bukan cikla nak cakap perempuan ni perfect sangat, tak. Kami, kaum perempuan pun tak sempurna. Manusia biasa kan, tiada yang sempurna. Pasti ada kekurangannya. Kami tau tu. Tapi, apa yang penting jadikan kekurangan itu sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik. Janganlah nanti orang dah tegur, takde yang berubah pun. Siap sentap lagi tu. Orang tegur pun demi kebaikan kan... Tegur sebab sayang. Dah dah... Jom baca apa yang cikla nak share ni...

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.
5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bagi cikla, nak memilih teman ke akhir hayat ni bukanlah mudah macam kita pilih baju raya kat uptown Shah Alam tu. Bawak duit, sampai uptown pilih mana berkenan, bayar lepas tu dapat barang, balik. Amboi, kalau camtulah senangnya best lah. Tak payah nak pening-pening. Betul tak?

Kalau lelaki 'cerewat' dalam memilih isteri, macam tu jugak perempuan nak pilih suami. Ada sesetengah perempuan tak pandang rupa sangat, janji lelaki baik, bertanggungjawab dan yang paling penting setia. Duit ringgit memanglah penting, tapi bak kata orang harta boleh dicari, tapi suami till Jannah? Macam susah je.

Berikutan dengan itulah, ada beberapa sebab kenapa perempuan ni akan menjauhkan diri dari lelaki yang berperangai seperti berikut;

Lelaki ego. 
Memang tak dinafikan semua orang ada egonya masing-masing. Tapi, orang cakap nak pertahankan ego tu biarlah kena pada tempatnya. Selagi ego tu tak menjejaskan hubungan korang, pertahankanlah. Tapi, itulah. Lelaki memang terkenal dengan egonya yang tinggi dan sikapnya yang pantang dicabut ni menambahkan lagi keegoannya setinggi langit. 

Apa kata lepas ni, korang belajar mengawal ego korang tu supaya wanita yang menjadi idaman hati korang tu mudah menerima diri korang seadanya. 

Lelaki panas baran. 
Cikla kalau dengan lelaki panas baran ni memang takut banyak, bukan takut sikit. Sebab perangai diaorang ni macam susah nak dijangka. Mesti korang ingat lagikan drama yang menjadi trending 'Andainya Takdir' lakonan Syukri Yahya dengan Nina Iskandar tu kan. Kisah suami yang panas baran. Sudahlah panas baran, plus cemburu buta pulak. 

Macam perempuan, kalau sebelum kawin dia dah tau sikap lelaki tu macam tu, memang takdelah dia nak jadikan lelaki tu suaminya (kecuali kalau ada yang dah sayang sangat sanggup telan keburukan pasangannya lah, itu lain cerita). Belum kawin dah tunjuk belang panas barannya, nanti kalau dah kawin? 

So, memang hai-hai, bye-bye lah jawabnya. 

Lelaki pengotor dan pemalas. 
Emm... Sebolehnya, perempuan nak mengelakkan diri dari lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Bukan apa, zaman sekarang ni, kebanyakan suami isteri akan berkerja untuk menampung hidup lebih-lebih lagi kalau bilangan keluarga semakin bertambah. 

Tapi, kalau dapat suami yang malas tak boleh nak membantu apa yang patut susah jugaklah. Semua nak harapkan isteri. Isteri tu sudahlah penat bekerja, balik nak uruskan anak dan rumahtangga lagi. So, pandai-pandailah ambil peranan dan  bantulah mana yang patut. Jangan balik kerja, goyang kaki main Facebook... 

Macam tu jugaklah dengan sikap pembersih.

Lelaki yang mempunyai sikap low self-confident. 
Kalau korang nak tau, lelaki sebegini pun kurang menjadi 'pilihan' perempuan untuk dijadikan teman hidup. Sebab apa? Sebab, bagi perempuan lelaki yang mempunyai keyakinan yang tinggi mampu berdikari sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 

Lagi satu, korang jangan tak percaya pulak yang lelaki berkeyakinan tinggi ni nampak lebih 'seksi' di mata seorang perempuan. 

Ehh, ye ke? Huhu. 

Lelaki perasan bagus. 
Alamak, ni lagi satu 'spesis' yang kurang di sukai oleh perempuan. Sudahlah perasan bagus, lepas tu kuat berangan pulak. Mengalahkan Mat Jenin. Bagi perempuan, asalkan lelaki tu berusaha untuk berjaya itu sudah cukup daripada asyik pung pang pung pang bercakap tapi habuk pun tarak!

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.
5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami. Sumber Google. 

Sebenarnya, perempuan tidaklah memilih sangat, tapi untuk mencari 'imam' yang boleh memimpin mereka ke jalan yang baik mesti perlu lelaki yang betul-betul berkelayakan dan yang paling penting mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kelak.

Jangan ingat kawin ni senang dan best je, tapi bila memikirkan tanggungjawab yang bakal ditanggung, mesti korang berfikir berkali-kali sebelum mendirikan rumahtangga. Ia satu amanah yang akan ditanya di sana kelak!

Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

Post a Comment

2 Comments

  1. Masalahnya bila baru kenal nampak yang baik aje.
    Bila dah kahwin baru nampak tembelangnya.

    ReplyDelete
  2. setuju..!! kalo depa lelaki boleh ada ciri2 wanita idaman or ciri2 prempuan depa x suka.. kita pun boleh senaraikan huahuahua..

    ReplyDelete