Rasanya macam dah lama kot cikla tak buat review kan? Ala, review sendiri je pun, review produk yang memang cikla guna. So, apa produk paling latest yang cikla guna ye? Haaa. Inilah yang cikla nak share ni. Sebenarnya, nak dijadikan cerita baru-baru ni cikla menjejakkan kaki kat Watson tu sebab nak cari krim BB yang baru. Sebelum ni cikla guna krim BB brand Maybelline. Masa kat sana, usha punya usha, tetiba ada promoter ni seorang auntie cina ni promote krim CC ni kat cikla.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite. |
Ermmm, memula tu macam tak berminat sangat. Iyelah, mind set nak cari krim BB Maybelline kan. Tak bercadang pun nak usha yang lain. Baik punya promote auntie ni, akhirnya terjebak jugaklah cikla membelinya. Lagipun, harganya boleh tahan murah jugaklah. Sebelum cikla share lebih lagi pasal krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni, apa kita baca apakah ada perbezaaan antara krim CC dengan krim BB ni.
Menurut sumber di SINI, krim CC bermaksud “Color Correction” atau “Color Control”. Krim CC dikatakan dapat membantu warna kulit nampak lebih sekata sekaligus menjadikan wajah nampak lebih segar, cerah dan flawless bercahaya walaupun kita tak gunakan makeup. Krim BB pulak adalah krim pelindung dari sinar UV yang mempunyai teksturnya lebih ringan dari foundation dan moisturizer. Ia akan menjadikan kulit wajah kita jadi lebih putih dan bersih dan ia elok digunakan di siang hari sebab adanya bantuan SPF dan antioksidan.
Dari segi teksturnya pulak, krim CC mempunyai tekstur yang lebih ringan dari krim BB. So, cirinya yang bersifat ringan ni menjadikan ia amat sesuai untuk orang yang sukakan 'light base' pada kulit wajah mereka. Walaupun fungsi krim CC lebih kurang sama je dengan krim BB tapi krim CC lebih tertumpu kepada 'pembetulan' warna kulit kita. Di samping itu, krim CC jugak mengandungi SPF25PA sebagai agen perlindungan dari sinaran UV yang berbahaya. So, untuk korang yang mempunyai masalah kulit kusam, bintik hitam, dan warna kulit pudar memang krim CC lah yang boleh membantu korang atasi tu semua.
Manakala, krim BB pulak menjadikan tekstur kulit wajah korang lebih lembut, tak terlalu berminyak dan amat sesuai dijadikan 'alas mekap' korang. Penggunaanya tak perlu dicampur dengan pelembap sebab dia dah ada moisturizer di dalamnya. Selain itu, krim BB biasanya didatangkan sekali dengan sunblock dan whitening, so ia menjadikan kulit lebih putih dan bersih.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite. |
Macam yang cikla bagitau kat atas tu, semua keistimewaan dan kelebihan yang ada pada krim CC jugak ada pada krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite. Krim ini diformulasikan dari gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang menjadikan ia sebagai bahan asas solekan yang baik. Ia jugak bertindak sebagai krim pelembap yang bertekstur ringan. Krim CC ni jugak adalah berasaskan air sekaligus menjadikan kulit lebih mulus serta menutup cela tanpa menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Hasilnya, wajah akan lebih sihat dan cerah sempurna.
Senang je nak guna krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni. Caranya adalah dengan meratakan krim ini pada muka dan leher. Sebaiknya, korang apply krim ni selepas korang guna pelembap muka Safi Balqis OxyWhite. Kalau cikla, cikla guna sebelum cikla pakai bedak muka. Cikla tak pakai pelembap pun. Hehe. Tapi, cikla rasa pakai krim ni pun dah ok dah. Memang muka nampak cerah sekata dan lebih fresh.
Korang yang berminat nak cuba boleh dapatkan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni di Watson, Guardian dan supermarket. Rasanya, krim ni ada jugak dijual secara online di Lazada. Pendek kata, senang jugaklah nak dapatkan krim ni. Harganya pula dalam RM20++ kalau tak salahlah. Tapi, masa cikla beli ada promotion, so harga yg cikla dapat adalah RM17.30.
So, gambar kat bawah ni gambar cikla masa raya baru ni. Cikla guna krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni. Cikla takde guna camera trick or edit picture tau. Ni memang gambar original. Nampak cerah dan flawless kan. Hihi. Saya suka, saya suka.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite. |
So, jangan lupa beli kalau nak rasa sendiri kelainannya. Apa yang penting krim ni halal dan selamat digunakan. Selamat mencuba.
xpenah lagi try jenama safi nih..hoho..
ReplyDeleteNanti boleh try. Best sgt...
DeleteMenarik ni CikLa...boleh PC cuba..
ReplyDeleteCuba PC. Memang tak menghampakan..
DeleteKan. Mungkin dah lama di pasaran Cuma cikla baru tau n try. Tp mmg best.
ReplyDeletebtul...yang penting HALAL. Sgt lawa, nampak natural kan. Salam perkenalan...sy singgah blogwalking.
ReplyDeletehttps://thebeautyofsplendid.blogspot.my
Ninie pun boleh cuba. Btw, thanks singgah...
DeleteKinah dulu try krim bb. Pun best gak. Tak try lagi krim cc ni.
ReplyDeleteKinah should try yg ni jugak..
DeleteHi cikla..mau tgk ingredient jg. Bebas dari paraben x?
ReplyDeleteYup. Ingredients ok semua. Selamat digunakan.
DeleteCikla.. Maknanya cc cream ni pun ada ciri2 sunblock ke?
ReplyDeleteYup. Sbb ada SPF25PA kan..
DeleteNak pakai mana dulu? ?Pelembap safi pastu krim cc nie, pastu cream kecantikan then baru bedak ke? ?
ReplyDeleteKalau cikla, cikla pakai krim ni dulu baru bedak. Sbb cikla x pakai krom kecantikan. Tp rasanya apply pelembap dulu, then krim kecantikan baru bedak.. .
Deletegood sharing...cikyan pnah usha ja...tp xbeli pon...nnt boleh la cuba kans..
ReplyDeleteAssalamualaikum...lps pakai cc cream tu kne remove ke ble nk mndy ..
ReplyDeleteCc cream ni seriously kalau consistent pakai boleh putihkan wajah. 2 tahun guna cc cream ni masa study dulu. Tapi sekarang dah takda jual kat drugstore. Sekarang nak try pakai balik. Hehe
ReplyDelete