Advertisement

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu.

KHASIAT CENDAWAN SHIITAKE YANG KITA TAK TAHU. Siapa kat sini peminat cendawan? Tak kiralah cendawan apa pun. Tapi kalau cikla pergi pasar atau supermarket, biasanya yang cikla selalu jumpa cendawan tiram tu je tak kiralah yang putih atau kelabu. Cendawan macam tu memang biasa kan, dan senang nak cari. Sedap digoreng tepung atau dibuat sup sayur. Tapi, macam cendawan shiitake ni, biasanya orang akan hiris dulu sebelum ia digoreng, di masak dalam sup, ditinkan atau dijadikan jeruk.

Sebenarnya, cendawan shiitake ni adalah sejenis kulat (fungus), iaitu sejenis organisma hidup yang tak mempunyai akar, daun, buah atau biji benih. Ia biasanya tumbuh di pokok berdaun lebar yang telah tumbang dan cendawan shiitake ni turut dijadikan ubat sebab ia dikatakan kaya dengan sumber protein, lemak, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral.

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu.

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu.

Kata sini cikla nak share 3 khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu, iaitu;

  1. Cendawan shiitake mampu merangsang sistem imun kita, iaitu ia bertindak sebagai anti pembekuan dan mampu membantu dalam rawatan kanser. Ini kerana, ia dikatakan mengandungi sebatian polisakarida dikenali sebagai lentinan. Lentinan ni dikatakan boleh membantu produk sel-sel T memusnahkan bakteria dan virus serta turut mempunyai kesan anti kanser dan anti tumor. Untuk pengetahuan korang, ada kajian makmal yang menunjukkan lentinan mampu mengecutkan tumor dan ia dikatakan telah menunjukkan kesan pada kanser peparu, hati, usus, ovari dan perut. Waallahualam... 
  2. Cendawan shiitake mampu merendahkan tahap kolesterol sebab dengan kehamilan asid amino di dalamnya ia dikatakan mampu merangsang pemprosesan kolesterol dalam hati. 
  3. Cendawan shiitake mampu memperbaiki kesihatan jantung kerana adanya bahan sebatian eritadenine di dalamnya. Selain itu, antioksidan yang ada di dalam cendawan shiitake jugak adalah sangat bagus dan jumlah kandungan L-ergothioneine jugak tinggi di dalamnya.

Walaupun cendawan shiitake ni selamat untuk dimakan, tapi kadar pengambilannya sebaiknya dikawal. Ini kerana, kalau kita memakannya dalam jumlah yang banyak, ia dikatakan boleh menyebabkan cirit-birit dan kembung perut. Ada sesetengahnya pulak mungkin akan mendapat alahan, terutama alahan pada kulit seperti ruam dan sebagainya. Selain itu, cendawan shiitake jugak tak digalakkan untuk mereka yang menghidap penyakit gout dan batu korang dalam buah pinggang.

So, berpada-padalah. Sederhana itu lebih baik kan... 

Sumber Ruangan Khasiat Alami.

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih CikLa perkongsian ni..apa2 pun setiap pengambilan makanan memang sewajarnya berpada-pada..PC suka cendawan..masak sup..kalau masak tomyam pun suka lebihkan sikit cendawan.sesekali la..selalu tak berani.

    ReplyDelete
  2. Jarang2 makan cendawan ni.

    ReplyDelete
  3. hehehe semua cendawan kiteee shuke ^^

    ReplyDelete
  4. cendawan ni sedap...macam2 leh masak dan pelbagaikan...terus rasa nak pi beli laaaa

    ReplyDelete