'santai tapi sampai'

Makanan dan minuman manis memang sedap kan. Kek, kuih muih, milo ais, sirap tiga layer semuanya sedap belaka. Itu belum lagi ice blended d...

Jom kurangkan manis demi kesihatan.

Makanan dan minuman manis memang sedap kan. Kek, kuih muih, milo ais, sirap tiga layer semuanya sedap belaka. Itu belum lagi ice blended dengan teh tarik gelas besar. Huhu. 

Tapi, terfikir tak korang makanan dan minuman manis ni sebenarnya tak elok untuk kesihatan. 

Ada beberapa kesan yang utama kalau kita mengambil gula secara berlebihan. Korang mungkin dah tau kot. Tapi, pada yang belum tahu, jom baca apa yang cikla nak share ni.

Jom kurangkan manis demi kesihatan.
Jom kurangkan manis demi kesihatan. Sumber Google. 

Ada tiga kesan utama sebagai akibat pengambilan gula berlebihan. Antaranya adalah, kerosakan gigi yang serius. Keadaan ini disebabkan oleh bakteria yang ada dalam plak gigi  menghasilkan asid yang boleh merosakkan enamel gigi. 

Kalau korang nak tau, makanan manis inilah yang menjadi 'makanan' kepada bakteria tersebut. 

Biasanya, kalau korang makan makanan manis mesti ada makanan yang melekat pada gigi dan celahannya kan. So, kesannya inilah, akhirnya gigi pun akan rosak.

Kedua, penyakit kencing manis atau diabetis. Walaupun takde kajian yang mengatakan gula itu mempunyai kaitan secara langsung dengan penyakit ni, tapi untuk pengetahuan korang gula boleh menyebabkan obesiti berlaku, dan keadaan ni akan menggalakkan penyakit kencing manis terjadi. 

Semakin banyak korang mengambil gula, ia akan meningkatkan risiko obesiti dan seterusnya risiko terkena penyakit kencing manis juga turut meningkat.

Ketiga, risiko korang mengalami obesiti lebih cerah. Untuk pengetahuan korang, ada kajian yang dibuat menunjukkan lebih dari enam juta rakyat dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. 

Walaupun penyebab obesiti itu adalah dari lemak dan kolesterol, tapi gula jugak boleh menjadi punca jugak disebabkan kalori daripadanya.

Sebagai contoh, kalau korang amik gula secara berlebihan tanpa nutrient lain dalam diet seharian korang, kalori dari gula yang berlebihan tersebut akan ditukarkan kepada lemak dan keadaan ini menjadikan korang semakin gemuk. 

Walau bagaimanapun, gula yang berlebihan itu jugak akan ditukarkan kepada glikogen sebagai sumber tenaga, atau ada jugak yang disimpan sebagai lemak.

Jom kurangkan manis demi kesihatan.
Jom kurangkan manis demi kesihatan. Sumber Google. 

Wah, memang banyak kesan tak baik kan kalau kita terlebih amik gula ni. Memanglah sweet gitu, tapi kesannya tak berapa nak sweet sangatlah. Huhu. 

So, apa kata start hari ni jom kita cuba untuk kurangkan gula dalam diet kita. Cikla faham, mesti kita tak boleh nak buat secara drastik kan, tapi takpe. Perlahan-lahan kita kurangkan. Nanti lama-kelamaan kita akan rasa senang nak amalkan.

Untuk itu, jom baca apakah langkah atau tips mudah untuk kurangkan atau turunkan gula dalam kehidupan seharian kita, iaitu ;

  1. Sudah tentu langkah pertama kita kena kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi. 
  2. Biasakan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang rendah. 
  3. Kurangkan makanan yang diproses sebab kalau korang nak tau, makanan sebegini kebanyakan mengandungi kandungan gula yang tinggi. 
  4. Sebelum korang membeli makanan terutama makanan dalam tin, biasakan membaca kandungan gula pada label makanan tu. So, korang akan dapat mengira berapakah jumpa gula yang kita ambil bila memakan makanan tersebut. 
  5. Selalu bersenam supaya kalori daripada gula itu dapat dibakar. So, obesiti dapat di hindari. 
  6. Cuba gantikan minuman manis dengan jus buah yang asli tanpa penambahan gula lain di dalamnya. Pure juice kata orang. Memang healthy
  7. Cuba gantikan snek, junk food dan makanan ringan yang korang selalu makan tu dengan buah pulak. Tentu lebih sihat kan. Fresh and health. 
  8. Cuba kurangkan makanan yang manis perlahan-lahan. Contohnya, kalau korang biasa makan gula-gula sehari dua atau tiga biji sehari, apa kata korang cuba kurangkan kepada sebiji sehari. Lepas tu, cuba pula kurangkan kepada dua tiga hari sehari makan gula-gula.

Pada cikla, hal-hal macam ni 'tepuk dada, tanya selera' dan ikut kemahuan individu tu jugak. Ada orang, puas sudah kita nasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat, tapi kalau tuan punya badan buat derk pun tak guna jugak. Esok-esok kalau dah sakit, barulah menyesal tak amalkan sebelum ni.

Tapi, jangan sampai kurang gula sangat pulak, itu dah masalah lain pulak. Sederhana dan berpada-pada, sesuai dengan keperluan badan kita.

Apa yang penting adalah kesedaran dan usaha untuk sihat.

Say no to sugar! 

Sumber Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) menerusi Harian Metro.

3 comments:

  1. setuju ciklaa. uyul ni haa road to 65kg tak lepas lepas. padahal nak kurangkan 15kg je lagi. huwarghhh. kena cntrol gula.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. Mmg betul tueee~ masa nadia diet dlu air masak and green tea je . Now pun still byk minum air masak and green tea jugak tapiiiiii still suka jugak kdg2 nak minum tealive lah, starbucks lah, costa lah... hihi

    ReplyDelete
  3. dalam usaha nk kuranngkan.. insyallah..!!

    ReplyDelete