Advertisement

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).

PENGALAMAN KALI PERTAMA MINUM RADIOIODIN (RAI). Walaupun cikla sudah pun habis kuarantin untuk rawatan radioiodin (RAI) pada hari Isnin lepas, tapi cikla still nak berkongsi sikit mengenai pengalaman cikla minum iodin-131 ni untuk kali pertama sebab ramai yang tanya cikla apa kesan pada diri cikla selepas minum 'air mahal' ni. Sekarang ni baru berkesempatan nak menulis pasal ni. Al-maklumlah, supermom lah katakan. Busy sokmo. Haha...

Sebelum tu, pada yang tak mengikut kisah cikla si pesakit tiroid ni sebelum ni, korang boleh je klik label KISAH AKU DAN BLOG, then klik kisah aku dan tiroid. Kalau situ semua kisah cikla since kena sakit ni sampailah cikla menjalani rawatan radioiodin (RAI) ni. Oh ye, cikla buat rawatan ni di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. Bayaran untuk rawatan ni adalah Rm300 sekali rawatan. Tapi, untuk dose tinggi sebab kena admit ward 5 hari, kemudian sambung kuarantin 3 hari di rumah  

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).

Cikla percaya, mungkin orang yang pertama kali menjalani rawatan radioiodin (RAI) macam cikla ni sudah tentu rasa takut dan gementar, lebih-lebih lagi bila cikla membaca dan mendengar orang 'bercerita' tentang kesan yang sangat dashyat dan menakutkan pasal rawatan ni. Mana taknya, minum benda yang beradioaktif dan kesannya nanti akan menjadikan badan kita beradiasi, siapa aje yang tak takut kan. Betul?

Memang bohonglah kalau cikla cakap tak risau dan 'kecut perut'. Takut jugak wehhhh. Pertama kali kot. Tapi, itulah. Nak tak tak kita kena hadapinya jugak. Kena kuatkan semangat, semuanya demi kesihatan kita jugak kan dan semuanya demi yang tersayang. Sejujurnya, apa yang cikla nak share ni adalah kesan pada diri cikla sendiri tau, sebab mungkin kesan pada orang lain tak sama. Di samping itu, cikla ada jugak bertanya pada kawan-kawan yang buat whole body scan (wbs) dengan cikla masa di hospital hari tu. Kebanyakan dari mereka, rata-rata cakap mereka mengalami kesan yang sama dengan cikla. 

Untuk pengetahuan korang, cikla minum iodin-131 untuk kanser tiroid, dan untuk pertama kali ni cikla  sendiri minum iodin-131 ni untuk dos 100 mci. Yang lain, cikla tanya ada yang minum 120 mci, 150 mci pun ada. Doktor cakap, biasanya untuk kanser tiroid, bagi  yang pertama kali minum akan diberi dos yang tinggi. Untuk rawatan iaitu penentuan dos yang seterusnya (jika perlu), adalah bergantung kepada keputusan whole body scan (wbs) sebelumnya. So, selepas minum iodin-131 ni, since hari pertama cikla minum;

Rasa iodin-131 tu memang takde rasa, takde bau. Tasteless bak kata orang putih. Masa minum memang sekali sedut je, lepas habis sedutan pertama, nanti tukang yang bagi minum tu akan tambah air kosong dalam bekas yang kita minum tu, dan kita sedut sampai habis. Tapi, kena ingat masa minum tu, jangan sentuh pun bekas tu. Just, tunduk dan minum guna straw yang disediakan. Selepas minum, masuk terus dalam bilik dan tempoh kuarantin pun bermula. Cikla disuruh berpuasa sejam selepas minum iodin-131 tu dan selepas sejam baru boleh makan dan minum macam biasa. 

Alhamdullillah, selepas minum iodin-131 tu, cikla tak rasa panas, bahang atau mengalami kesan yang teruk. Cuma, kadang-kadang dikawasan leher/tempat operate dan kawasan kelenjar air liur ada  rasa berdenyut. Tapi, takdelah berdenyut sampai kita rasa tak tahan sangat. Still boleh tahan, dan rasa denyut-denyut tu pun bukannya berterusan. Denyut-denyut manja gitu. Kalau korang dah tak tahan sangat, korang boleh mintak panadol dengan nurse. Nurse dekat IKN ni ok dan friendly

Lepas tu, cikla tak mengalami bengkak, sebab doktor cakap sesetengah orang mungkin mengalami bengkak selepas minum. Kalau ada yang bengkak pun, doktor cakap itu normal je, dan selepas 2-3 hari dia akan ok balik. Tapi, biasanya memang takde bengkak pun. 

Deria rasa ok je dan makan minum ok. Cuma kadang-kadang rasa loya mual, itu pun normal. Tapi, takdelah sampai muntah. Pening pun takde. Masa kat dalam ward boleh buat senaman ringan sikit-sikit, buat stretching. Cuma, selepas kuarantin pulak bahagian lidah dengan lelangit cikla rasa macam kebas. Macam orang baru lepas makan sup panas tu. Memula tu risau juga. Takkan dah lama baru nak timbul kesannya kan. Cikla ada jugak tanya kawan-kawan yang dah minum. Kata mereka, itu pun normal jugak, dan diaorang cakap a few weeks jugaklah baru ok. Bertabahlah. Patutlah cikla masak asyik rasa tawar je. Padahal dah letak banyak garam. Mujur pak mertua tak complaint. Huhu.

Apa yang penting lepas minum iodin-131 tu, kita kena banyak minum air sebab kita akan selalu buang air kecil, so that radiasi akan cepat turun. Kita jugak sangat disarankan untuk buang air besar  sekerap yang boleh, mandi sekerap yang boleh, dan masa mandi basahkan rambut. Selain tu, korang kena makan yang masam-masam untuk aktifkan kelenjar air liur dan minum jus yang masam-masam. Makanan tu semua korang boleh bawa dari rumah.

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).
Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI). Whole body scan (wbs)  procedures. Sumber Google. 

Selepas 5 hari minum iodin-131 tu, masa hari ke-5, cikla disuruh buat whole body scan (wbs) untuk mengesan sama ada masih ada lagi sel-sel jahat yang tertinggal dan nak lihat sejauh mana iodin-131 yang kita minum tu bertindak membanteras sel-sel jahat tu semua. Mesin scan untuk whole body scan (wbs) tu lebih kurang macam kat dalam gambar di atas tu.  Masa kita buat whole body scan (wbs) tu pun, kita just baring masuk dalam scan machine tu. Pejam mata, tenangkan hati. Tak sakit pun. Kalau khusyuk, silap-silap haribulan boleh terlena kat dalam tu.

Pendek kata, semuanya oklah. So, pada yang belum buat rawatan radioiodin (RAI) dan yang nak buat rawatan ni, jangan takut. Walaupun kesannya tak sama pada setiap orang, tapi tak salah kalau  kita ambil yang positif supaya kita lebih bersedia dan apa yang penting rasa gementar serta takut boleh di atasi.

Be positive to be a positive!

Oh ye lupa pulak. Selepas stay di ward untuk 5 hari, cikla kena sambung kuarantin 3 hari di rumah untuk complete kan 8 hari tempoh kuarantin sepenuhnya. So, semasa menjalani tempoh kuarantin di rumah, langkah keselamatan sama seperti kita kuarantin di ward. Ikut apa yang doktor suruh, jangan terlalu 'mendedahkan' diri kita pada orang lain sebab mungkin saki baki radiasi masih ada pada kita. Iodin-131 ni beri kesan baik pada kita yang sakit, tapi beri kesan buruk pada orang yang sihat. Kesiankan, tak pasal-pasal memudaratkan pulak mereka kan. Kata sayang. Kalau sayang kenalah patuhi arahan. Ye tak? 

Lupa pulak nak cerita, result scan alhamdullillah ok. Walaupun masih ada lagi sisa-sisa sel jahat yang tinggal, tapi saiznya sangat kecil. So, cikla kena buat next rawatan yang sama 6 bulan lagi tapi untuk dos yang lebih rendah iaitu 10 mci. Tapi, masa tu cikla kuarantin di rumah je sebab dos rendah. Tapi, tempoh kuarantin tetap sama 8 hari dan langkah keselamatan selepas minum pun sama seperti sebelum ni. Walau apa pun, syukur alhamdullillah.

Semoga cikla bebas dari sel-sel jahat ni. Amin. Doakan cikla ye. Semoga pengalaman cikla ni menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat pada orang lain yang mungkin akan melaluinya. Apa yang penting, 'positif, positif, positif' .

Keep strong and fighting. Stay positive.

I'm a survivor! 

Post a Comment

7 Comments

  1. Semoga cikla sembuh sepenuhnya inshaAllah =)

    ReplyDelete
  2. Semoga cikLa cepat sembuh, dulu saya selalu check produk Iodin ni....

    ReplyDelete
  3. bila baca perkataan radiasi pun rasa seram jugak. Bila baca the rest, rasa lega sebab sel jahat dah habis dah. Semoga akak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  4. Artikel yang sangat Bagus dan Bermanfaat.. Update terus dan sukses selalu ya Gan

    Aku Poker
    Aku Poker Online
    Bandar Domino Online
    Judi Poker
    Judi Poker Android
    PokerTerbaik
    Sumber : akupoker.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ciklah kongsi pengalaman.

    InsyaAllah saya akan buat rawatan RAI ini pd 13.2.2019 ini.

    Mmg Ada Rasa berdebar Dan takut. Bila baca entri ciklah.. rasa bermotivasi saya.

    Bgmn keadaa ciklah skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis. Mungkin Sis tengah dalam kuarantin kan ni. InshaAllah semuanya dipermudahkan. Rai dose tinggi ke?

      Delete