Cikla percaya, kalau kulit kita selalu dan lama terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan, mesti cik sunburn ni akan muncul. Kenapa pulak ia boleh berlaku ye? Kalau korang nak tau, sunburn boleh berlaku bila kulit korang terkena sinaran UV secara melampau, badan kita dah tak mampu nak mengawal pigmen pelindung kulit yang dikenali sebagai melanin.
Sinaran UV biasanya dipancarkan oleh cahaya matahari sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang. Sebaiknya elakkan diri dari terdedah terlalu lama kepada matahari dalam tempoh tersebut supaya sunburn dapat dihindari. Selain itu, gelombang UV yang jahat ni jugak akan menyebabkan keradangan (inflamasi) kulit berlaku.
Sebab itulah sesetengahnya akan mengalami kesan gelap pada kulit di samping timbul jeragat, pigmentasi dan kulit nampak tua dari usia sebenar. Wei, taknak lah macam tu kan. Tapi, korang jangan risau dan gusar.
Sebenarnya, ada cara macam mana nak elakkan sunburn ni dari menghantui hidup kita. Apa kata korang teruskan pembacaan kalau korang nak tau lebih lanjut. Jom baca.
- Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan sunblock (krim sunburn) paling tak pun yang mempunyai kandungan nilai UV25-50 untuk perlindungan yang semaksimum mungkin.
- Kalau korang ni jenis yang selalu drive semasa waktu panas, sebaiknya guna handsock supaya tangan korang akan dilindungi dari sinaran matahari. Kalau korang nak tau, tangan yang sering terdedah kepada cahaya matahari akan nampak lebih berkedut, lepas tu pigmentasi pun mulalah menunjukkan diri. Huhu.
- Seeloknya, pakai pakaian yang mudah menyerap peluh seperti kain dari jenis woven di samping menggunakan pakaian yang longgar dan tak menggunakan pakaian berwarna gelap.
- Gunakan payung atau topi kalau semasa korang berjalan-jalan di tepi pantai ke atau terdedah kepada sinaran matahari.
- Selain itu, guna cermin mata hitam yang mana ia boleh menapis sinaran UV untuk mengelakkan dari katarak.
- Kalau korang jenis yang suka makan supplements, ambil supplement antioksidan yang boleh melindungi kulit sebab sinar UV mampu merosakkan kulit korang disebabkan sifatnya berbentuk radikal bebas.
Akan tetapi, kalau korang sedang mengalami sunburn jangan risau. Ada beberapa petua dan cara yang korang boleh praktikkan untuk merawatnya. Apa yang penting, cara ni adalah secara alami, selamat dan semulajadi. So, tak bahaya.
Tip rawat sunburn secara semulajadi.
Kalau sebelum ni kita guna mayonis dalam salad, lepas ni apa kata korang try mayonis untuk hilangkan sunburn pulak.
Caranya senang je, just sapu sedikit mayonis pada kulit korang selepas korang berjemur lama. Dengar macam tak logik je kan?
Tapi, kalau korang nak tau mayonis mengandungi cuka yang boleh mengurangkan kesan kulit terbakar dan disebabkan ia di simpan dalam suhu sejuk, ia mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit korang tu. Sejuk je rasanya.
Makan buah tembikai time cuaca panas memang syok kan. Hehe. So, untuk merawat sunburn pun boleh guna tembikai jugak.
Caranya, korang hiris nipis tembikai tu kemudian tekan-tekan tembikai tersebut pada muka korang yang sudah dicuci sebelumnya. Korang tekan-tekanlah selama 20 minit, kemudian bilas.
Untuk pengetahuan korang, tembikai yang bersifat sejuk dan mengandungi zat astrigen yang bagus untuk menyejukkan kulit muka yang burn akibat sinaran matahari.
Kemagikan aloe vera memang tak boleh disangkal lagi lebih-lebih lagi dalam bidang kecantikan. So, aloe vera juga boleh digunakan untuk merawat sunburn.
Caranya adalah, ambil beberapa tangkai Aloe Vera dan patahkan di tengahnya. Kemudian, korang ambil lendir dan sapu ke kulit muka korang yang burn tu sambil tu korang urut-urut perlahan. Lakukan setiap hari.
Buat masker dari timun dan susu tepung. Caranya, korang kisar beberapa biji timun kecik sampai hancur kemudian campurkan dua sudu susu tepung.
Bila campuran tu dah likat, sapu pada muka korang secara rata. Kelebihan yang ada pada timun dikatakan dapat menyejukkan kulit yang mengalami sunburn tu.
Sifat tomato yang mempunyai agen penyejukan sendiri sesuai digunakan untuk merawat sunburn. Caranya, korang cuci bersih tomato, kemudian potong kepada dua bahagian.
Lepas tu, gosokkan tomato ni pada muka perlahan-lahan dan biarkan ia kering sendiri sebelum dicuci dengan air bersih.
Semoga tips di atas dapat membantu korang merawat sunburn. Apa yang penting buat secara konsisten, Insha Allah hasilkan nanti pasti tidak mengecewakan.
Selamat mencuba!
Sumber Ruangan Sekilas Cantik.
Terima kasih di atas perkongsiannya cik la =)
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteBagus tips ni...musim sekarang panas dia lain macam....hihi
ReplyDeleteKan.. boleh praktikkan ni..
Deletetembikai pun ubat rupanya. No wonder lah omputeh kalau berjemur suka makan tembikai
ReplyDeleteSiapa yang suka pergi pantai memang selalu kena sunburn
ReplyDeleteTerimakasih cik, infonyaaa
ReplyDelete