Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu!

Sememangnya penjagaan bahagian intim tersangatlah penting untuk diberi perhatian. Walau bagaimana pun, tak ramai yang suka membincangkan hal ni mungkin disebabkan segan dan malu hakikatnya ia amat penting. 

Lagipun, adalah agak susah untuk mengenal pasti kalau ada masalah yang timbul dek kerana ia lebih 'tersorok'. 

Mungkin kadang-kadang kita tak perasan pun yang 'bahagian intim'  kita mengalami perubahan atau masalah. 

Zaman sekarang ni, penyakit macam-macam. Kalau korang memandang hal penjagaan bahagian intim ni terutamanya sebagai hal yang kecik, sememangnya korang salah. Orang cakap, cegah sebelum kena. Betul tak? 

Kalau diikutkan, langkah penjagaannya bukannya susah sangat. Apa kata korang baca perkongsian yang sangat bermanfaat ni. 

Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu!

Ada 7 langkah mudah macam mana nak menjaga kebersihan bahagian intim kita, iaitu;

  1. Kalau korang membuang air kecil atau besar, jangan bersihkan guna tisu basah. (mungkin ada sesetengahnya yang macam tu kot). Gunakan air bersih sebab penggunaan tisu basah ditakuti tak bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Tapi cikla rasa, kita sebagai orang Islam pun memang tak digalakkan bersugi macam tu kan kecuali kalau betul-betul tak air tu lainlah cerita kan. 
  2. Semasa mencuci bahagian intim, jangan guna sabun mandi sebab penggunaan sabun mandi boleh mengakibatkan kulit di situ mengalami masalah dehidrasi dan kering. Nanti tak pasal-pasal kena iritasi pulak. 
  3. Kalau korang tengah datang bulan, sebaiknya tukar tuala wanita paling kurang 4 jam setelah digunakan sebab ia boleh mengelakkan jangkitan kuman. Itu yang paling baiklah lebih-lebih lagi masa hari permulaan korang datang bulan. 
  4. Kalau korang yang dah kawin pulak, sebaiknya korang mencuci bahagian intim korang sebelum dan selepas korang bersama suami. Jangan lupa buang air kecil sekali lebih kurang setengah jam selepas 'bersama' sebab ia boleh mengurangkan risiko pundi kencing dijangkiti kuman. Ingat, yang dah kawin aje tau! 
  5. Jangan menjirus air direct dari paip (menggunakan getah paip) terus ke dalam faraj sebab perbuatan ni akan menyebabkan sejenis bakteria dikenali sebagai loctobacili tersingkir dan faraj akan lebih terdedah kepada bahan kimia. Untuk lebih detail mengenai bakteria ni, korang boleh Google je ye. 
  6. Sentiasa alert dengan perubahan yang berlaku pada bahagian intim korang. Kalau korang perasan ada yang tak kena seperti keputihan melampau atau iritasi dan sebagainya, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor tau. 
  7. Korang jangan berkongsi alat pencukur dengan orang lain sebab berkongsi pencukur boleh menyebabkan jangkitan penyakit yang mungkin boleh berjangkit dari orang tersebut. Kita tak tau kan.

Walaupun banyak je produk di pasaran yang boleh membantu dalam penjagaan bahagian intim, cikla lagi prefer kepada cara alami dan tradisional sebab bagi cikla ia lebih selamat dan semulajadi.

Nak tau? Ini dia;

Pucuk pegaga untuk merawat masalah keputihan; 

Cuci pucuk pegaga dengan akarnya sampai bersih. Kemudian, rebus pegaga dengan 2 gelas air kosong dan sedikit garam. Rebus sampai masak, biarkan sejuk sebelum ditapis. Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari. 

Daun sirih untuk mencuci bahagian intim; 

Ramas 12 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 1 liter air kosong. Selepas diramas, tapis air tersebut dan gunakan air tersebut untuk mencuci bahagian intimmu. 

Daun kaduk untuk merawat rasa gatal dan keputihan pada bahagian intim; 

Rebus beberapa helai daun kaduk yang telah tua dan sejukkan dulu air rebusan tersebut sebelum ia digunakan untuk mencuci bahagian intim.

Sayangilah 'mahkota' kita yang satu ini.

Sumber Ruangan Seksologi.

11 comments:

  1. nice sharing kak.. kadang2 bab ni terlepas pandang. good reminders untuk us ladies ^^

    ReplyDelete
  2. Baru tahu daun kaduk pun boleh untuk menjaga bahagian intim

    ReplyDelete
  3. good info kene ingatkan diri selalu kadang-kadang selalu terlupa

    ReplyDelete
  4. info yang bagus ni Cikla.. memang wajib diberi perhatian bahagian tersebut

    ReplyDelete
  5. Saya suka guna daun sirih, hehehe. Memang fresh dan rasa bersih.

    ReplyDelete
  6. wahh terima kasih untuk tips dan langkah-langkah kebersihan bahagian intim tu cikla! ada yang baru kc tahu :D

    ReplyDelete
  7. Kena jaga betul betul bahagian intim wanita kan..xjaga bebetul boleh mengundang bau tak menyenangkan dan penyakit kan

    ReplyDelete
  8. Kena share kat puan isteri nie..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan entry ni...kebersihan bahagian intim sangat2 mustahak dan perlu di titik beratkan di usia kanak- kanak lagi...

    ReplyDelete
  10. Perkongsian petua2 yg bagus!😊

    ReplyDelete

Powered by Blogger.