Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan?

Dalam akhbar Kosmo hari ni cikla ada terbaca mengenai sebuah lori yang membawa muatan beras tergolek di atas jalan raya di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. 

Berikutan kejadian itu, muatan beras yang dibawa tumpah di atas jalan raya.

Apa yang dikesalkan, ia umpama 'pesta' bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut mengutip beras yang tumpah tanpa rasa bersalah pun walaupun pihak berkuasa dan pemandu lori berkenaan bertindak menghalang perbuatan tersebut. 

Paling memalukan, ada yang siap bawak lori lain untuk 'ambil' beras tersebut. Amboi.

Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan?
Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan? Sumber Google. 

Apa sebenarnya 'hukum' berbuat demikian ye? Jom baca apa yang cikla nak share ni sebab bagi cikla ni penting untuk diketahui. 

Bukan apa, beras yang diambil tanpa kebenaran sudah jelas salah. Tak keterlaluan jugak cikla umpamakan macam mencuri. So, jom baca dan cuba hadamkan ok.

Ada dua pendapat yang membincangkan pasal isu ni, iaitu;

  1. Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia adalah haram. Katanya lagi, orang yang mengambilnya (kes beras tumpah) tu mestilah memulangkan semula semua barangan yang diambil, bayar ganti rugi atau meminta maaf kepada tuan empunya barang yang diambil tu. Dalam kejadian tersebut, kemalangan yang berlaku adalah tanpa disengajakan, so ia bukanlah kes pembaziran. Ia adalah haram, malah perbuatan tersebut turut dihalang oleh pemandu lori terbabit. 
  2. Menurut Datuk Mohd Kazim Elias, seorang penceramah bebas pula orang ramai tak patut melakukan perbuatan tersebut lebih-lebih lagi ketika orang lain ditimpa musibah. Sudah tentu pihak pengurusan syarikat tersebut mempunyai lori lain untuk mengambil beras yang tertumpah itu. So, orang ramai sepatutnya bantu 'meringankan' beban pemandu tersebut, bukan sebaliknya.

So, sudah jelas kan. Kesimpulannya, kita tak boleh dan dilarang mengambil 'hak' orang lain lebih-lebih lagi kalau tuan punya sudah terang-terang melarangnya.  

Wallahua'lam.

9 comments:

  1. Kann. Selalu jgak baca kt srt khabar. Bila lori beras terbalik smua pakat amik beras. Haritu lori bawa udang. Ksian kat driver tu la. Xpasal2 kena bayar kerugian khlgn beras tu lak.dgn kroskan lori ag.

    ReplyDelete
  2. orang kita kebanyakkannya macam tu ,nak halang lagilah susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 diaorg mkn ke jual balik ye..terfikir pulak.

      Delete
  3. Memang tak patut pun

    ReplyDelete
  4. Betul selalu mindset orang bila jumpa barang kat atas jalan kita rezeki kononnya.. Rasa macam ambil kesempatan dalam kesempitan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dpt keizinan tu lain ceritalah kan. Ambil kesempatan namanya tu..

      Delete
  5. Kalau dgn Izin tu takpelah. Ini tak, org dah tak bagi amik, amik jugak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.