'santai tapi sampai'

Insha Allah dalam dua minggu lagi cikla kena buat rawatan radioaktif iodin (RAI) di Institut Kanser Negara, Putrajaya.  First time weh, ...

Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) .

Insha Allah dalam dua minggu lagi cikla kena buat rawatan radioaktif iodin (RAI) di Institut Kanser Negara, Putrajaya. First time weh, of course lah nervous. Tipulah kan kalau cikla cakap tak nervous. Huhu.

Sebelum buat rawatan ni, cikla kena berpantang ubat (off thyroxine) dan stop semua supplement selama sebulan sebelum rawatan. 

Lepas tu, dua minggu sebelum rawatan pulak cikla kena pantang seafood dan makanan yang berasaskan seafood macam keropok lekor, sos tiram, laksa, budu, belacan dan sebagainya.

Yang cikla boleh makan adalah ayam, daging, buah dan sayur je. Itu pun masak just rebus-rebus. Sebaiknya kurangkan minyak, santan, garam dan gula. 

Sebenarnya, bukan sebab nak minum tu buat cikla rasa nervous, tapi I'm curious apalah rasa iodin tu nanti ye. Ada yang cakap takde rasa. Ada yang cakap rasa masin sikit. Entahlah.

Tapi yang pasti, iodin tu memang tak berwarna. Macam air putih tu. So, sebelum cikla nak bercerita pasal pengalaman cikla minum radioaktif iodin tu nanti, eloklah kiranya cikla share dengan korang apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) tu sebenarnya. Kalau korang nak tau, jom baca seterusnya.

Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) .
Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI). Sumber Google. 

Hishh, dengar perkataan radioaktif je mesti macam ngeri je kan. Sebenarnya, rawatan radioaktif iodin (RAI) merupakan rawatan yang menggunakan cecair iodin yang beradioaktif bertujuan untuk menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi hipertiroid.

Selain itu, rawatan ni jugak adalah untuk mengecutkan bengkak tiroid tapi bengkak dari jenis yang tertentu saja, rawatan ni jugak untuk bagi pesakit yang mengambil ubat carbimazole (untuk yang hipertiroid) lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik tak pernah stabil dan juga untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak.

Kalau korang nak tahu, bahan radioaktif iodin-131 adalah isotop radioaktif yang menghasilkan sinaran radioaktif untuk tujuan perubatan. 

Bila sedikit bahan radioaktif ini dimasukkan ke dalam badan sama ada secara minum atau telan, badan akan serap bahan itu  melalui kapilari darah di sepanjang saluran perkumuhan yang mana ia bertumpu ke arah kelenjar tiroid yang bertujuan untuk memusnahkan sel-sel kelenjar tersebut. Selain itu, bahan ini jugak digunakan sebagai agen pemusnah sel kanser.

Untuk pengetahuan korang jugak, iodin adalah dalam bentuk iodida radioaktif iodin yang biasa digunakan pada pesakit dengan penyakit tiroid: I-123 (tidak berbahaya untuk sel tiroid) dan I-131 (menghancurkan sel-sel tiroid). Radioaktif iodin (RAI) akan diberikan melalui mulut dalam bentuk pil atau cecair.

Walaupun rawatan radioaktif iodin (RAI) ni rawatan yang selamat, tapi rawatan ni tetap akan menghasilkan radiasi dan ada 'risiko-risiko' tertentu. 

So, pesakit mesti mengambil langkah tersebut supaya kesan radiasi dapat di elakkan dari orang yang berada di sekelilingnya terutama wanita hamil, baby dan kanak-kanak.

Akan tetapi, jumlah pendedahan radiasi secara ketara akan berkurangan bila jarak dari pesakit meningkat. Walaupun bagaimanapun, rawatan ni tak boleh dijalankan ke atas pesakit yang mengandung atau menyusukan anak. 

Penyusuan anak mesti dihentikan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum rawatan  dan tak boleh dimulakan selepas RAI, tetapi boleh dilakukan dengan selamat selepas kehamilan akan datang.

Kehamilan perlu ditangguh  sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan selepas RAI sebab ovari terdedah kepada radiasi selepas rawatan, di samping untuk memastikan tahap hormon tiroid adalah normal dan stabil sebelum mengandung. Namun, tak ada bukti jelas bahawa RAI membawa kepada kemandulan. 

Manakala, untuk lelaki yang menerima rawatan RAI bagi kanser tiroid pula 'mungkin' akan mengalami penurunan jumlah sperma dan ketidaksuburan sementara dalam tempoh kira-kira 2 tahun.

Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) .
Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI). Sumber Google. 

Ada beberapa langkah keselamatan yang kita kena ambil kira selepas kita menjalani rawatan radioaktif iodin (RAI)  ni.

Antaranya adalah;

Semakin jauh jarak kita dengan ahli keluarga, semakin berkurangan kadar dedahan sinaran radioaktif yang diterima oleh mereka. Contohnya, bila kita berada jauh orang lain akan mengurangkan dos radioaktif sebanyak ¼ dari dedahan dos kita terima.

So, apa yang patut kita buat?

  • Tidur berseorangan. 
  • Duduk berseorangan di sofa atau di dalam kereta. 
  • Duduk sejauh yang mungkin dengan pemandu kereta.
  • Pesakit dilarang menggunakan kenderaan awam, dilarang menonton wayang dan dilarang menghadiri majlis keramahan. 
  • Tak boleh berkongsi pinggan, cawan dan apa saja dengan orang lain. Sebab tu kena kuarantin. Huhu. 
  • Walau bagaimanapun, kita boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga sekurang-kurangnya dalam jarak 4 meter.

Sebaiknya, elak dari berada lebih dari 2 jam di samping wanita yang berkeupayaan mengandung atau kanak-kanak. Selain itu, elak dari berada berdekatan dengan baby lebih masa sebab ia akan meningkatkan lebih dos kepada mereka. 

Langkah ini amat penting terhadap kanak-kanak dan perempuan mengandung terutamanya dalam tempoh  7 hari selepas pesakit mendapat rawatan. Masa kita berada di sekeliling orang ramai, kita kena kurangkan masa seperti berikut;

  • 45 minit sehari sejauh 1 meter. 
  • 2 jam sehari sejauh 2 meter. 
  • 7 jam sehari sejauh 3 meter.

Dengan menjaga kebersihan juga boleh meminimumkan kadar kontaminasi yang ditinggalkan dari badan pesakit. Oleh kerana bahan radioaktif ini dikeluarkan melalui proses perkumuhan, jangan lupa bersihkan  tandas yang digunakan dengan segera. 

Selain itu, tangan dibasuh juga perlu dibersihkan di satu tempat dan dilap menggunakan tisu untuk mengelakkan kontaminasi berlaku.

Di samping itu, bilik air yang digunakan adalah kegunaan pesakit seorang sebab ia amat penting supaya perkongsian barangan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya di dalam tandas dapat dielakkan. 

Jangan lupa basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak setiap kali menggunakan tandas dan mandi  sekurang-kurangnya sekali sehari.

Langkah-langkah lain adalah seperti berikut;

  • Jangan lupa bersihkan tandas selepas digunakan.
  • Pesakit lelaki disarankan supaya kencing sambil duduk sebab ia boleh mengelakkan air kencing bertaburan.
  • Jangan lupa pamkan tandas Sebanyak 3  kali setiap kali selepas digunakan.
  • Jangan lupa bersihkan sinki tandas, shower dan takungan mandi setiap kali selepas digunakan.
  • Lepas kita memberus gigi, kita  disarankan supaya meludah ke dalam mangkuk tandas, dan jangan lupa pamkannya sebanyak 2 kali.
  • Semua tisu muka yang telah digunakan jangan lupa dipam ke dalam mangkuk tandas.
  • Kita tak boleh memakan chewing gum.

Macam cikla, memang doktor akan suruh stay ward selama 5 hari (masuk 17/7 keluar 21/7) sebab dos tinggi. Pada  hari kelima tu, cikla akan melakukan WBS atau whole body scan untuk tengok result rawatan ni. Lepas tu, mungkin cikla akan sambung kuarantin lagi di rumah dalam dalam 3 hari lagi. 

Si kenit Zara dengan abang Ammar memang cikla nak 'pos' ke kampung mintak tolong mak jaga sementara cikla berada di ward. Kalau dos rendah, kuarantin kat rumah je.

Nanti cikla share lagi masa cikla dah buat rawatan tu ye. Korang doakan cikla ok. Amin.

Sumber; SINI

17 comments:

  1. Semoga villa cepat sihat ye.. bahaya juga iodine ra ni ye

    ReplyDelete
  2. Takutnya baca entry ni...banyak.benda nak kena jaga especially anak anak...

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembu cikla..gerun dgr...

    semoga ALLAH menggantikan setiap kesusahan dgn syurga abadi..

    fight for you life okey.. cikyan kat sini sokong ciklaaa !

    ReplyDelete
  4. Kalau drive sndiri after Rai blh ke? Tpi kreta yg d gunakan xblh la sape2 Naik utk sementara kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg baguslah kalau drive sendiri slps rai. Boleh jer org lain bawak kereta tu.. Cuma pastikan tak ada kesan cecair yg tinggal. Mcm peluh. Lap aje lah dgn pencuci. Senang pakai sarung tgn mcm org racing tu..

      Delete
  5. Assalammualaikum.. terima kasih atas perkongsian. 19hb Disember 2018 ni giliran saya pula utk minum RAI ni. Saya dapat detech thyroid dr 2014. Kejap doc on off ubat sbb kdg2 bacaan normal. 2 tahun juga tak mkn ubat tapi baru2 ni bacaan thyroid trok plak. Bleh bgtau aper perkembangan sekarang selepas minum iodin tu.. dah pulih sepenuhnya ke?? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah saya sihat. skang dh habis tu routine RAI tu. just followup 6 bln sekali di SOPD.

      Delete
  6. Takutnye baca kesan radioaktif ni..nak kena jauh dari ahli keluarga.tambah2 saya ada anak.kena kuarantin.kalau tak jaga betul2 ada effect tak pada ahli keluarga

    ReplyDelete
  7. Kan kita dah duduk wad 25hb sampai 30hb which is 6 hari . And after that sambung pulak kuarantin 3 hari di rumah ... After dah habis kuarantin 3 hari kat rumah tu kita dah boleh gaul macam biasa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tempoh kuarantin hanya 8 hari. Kalau dose tinggi, 5 hari di hospital Dan sambung 3 hari di rumah. Hari ke 9 baru merdeka

      Delete
    2. Selepas 8 hari dah boleh kembali ke rutin asal, cuma kalau ada baby kena tambah kepada 10 hari

      Delete