'santai tapi sampai'

Kalau ada anak kecik ni, nak tak nak memang kena pakai lampin pakai buang kan. Tak kan nak guna lampin kain macam dulu-dulu. Jenuh pulak na...

Kenapa kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang anak sebelum dipakai?

Kalau ada anak kecik ni, nak tak nak memang kena pakai lampin pakai buang kan. Tak kan nak guna lampin kain macam dulu-dulu. Jenuh pulak nak membasuhnya berampai-ampai. Huhu. Tapi, petua ni memang pertama kali cikla tau. Kena ramas dan perah lampin pakai buang tu sebelum kita pakaikan kat anak kita. Apa pulak rasionalnya ye? Mungkin ada yang dah tau kot. Tapi, kalau yang belum tau macam cikla ni jom baca perkongsian ni.

Kenapa kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang anak sebelum dipakai?
Kenapa kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang anak sebelum dipakai? Sumber Google. 

Sebelum ni memang cikla perasan kalau lampin pakai buang yang masih baru, lebih-lebih lagi yang kita baru keluarkan dari pek dia memang nampak macam keras je. Iyelah, lama duk dalam pek kan. So, sebab itulah kita kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang tu sebab cara ni dapat 'melembutkan' struktur lampin pakai buang tu.

Lagipun, struktur permukaan lampin pakai buang yang keras tu jugak dikhuatiri mungkin akan menyebabkan kulit anak kita lebih sensitif. Kesannya, mungkin kulit punggung anak kita akan beruam dan timbul pulak gatal-gatal. Tak pasal-pasal lain pulak yang datang.

Menurut 'Alang Narita' lagi, cara ni boleh dilakukan untuk semua jenis lampin pakai buang yang ada kat pasaran. Katanya lagi, walaupun kita tau lampin pakai buang ni memang direka khas dengan permukaan yang cukup lembut dan sesuai dengan keadaan kulit punggung anak, tapi kalau kita ramas dan perah dulu permukaannya, spannya akan jadi lebih lembut. Ada jugak yang mengatakan lampin pakai buang jenis pants pun boleh jugak guna cara ni. Kalau lampin pakai buang untuk orang dewasa pun boleh jugak agaknya kan. Hihi.

Cikla terfikir jugak, kita dah ramas, perah renyuk bagai tak bocor ke lampin pakai buang tu? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana biasanya lampin pakai buang memang dah direka tahan lasak. Tapi, janganlah ramas bagai tak mau sampai koyak pulak. Ramas-ramas manja gitu. So, lepas ni bolehlah try buat dekat lampin pakai buang anak-anak cikla ni.

Let's try. Selamat mencuba.

Sumber page Oh Trending.

8 comments:

  1. Ilmu baru ni cikla. Terima kasih atas perkongsian tersebut

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. nice sharing.. boleh apply nanti.. tq sis..

    ReplyDelete
  3. Baru tahu... bagus info nih..

    ReplyDelete
  4. hehe Ain ni anak dah tiga, tak pernah lagi ramas dan perah lampin pakai buang anak2. Ni baru tahu kot. Haha. Tapi Alhamdulillah semua tak ada masalah kulit sensitif dengan lampin pakai buang. Kalau lambat salin kulit jadi merah tu, biasa la kan.

    ReplyDelete
  5. Oooo baru tahu pasal ni. Nak kena try ramas n pulas jugak la pasni. hehehe

    ReplyDelete
  6. ha ha ha ramas manja :)
    ok. aida buat nanti.
    ijat masih pakai drypers mlm hari before tido.

    ReplyDelete