'Santai Tapi Sampai'

19 July 2017

Macam mana nak menegur orang secara berhemah?

Bagi cikla, nak menegur memang boleh, takde masalahnya. Itu pun biarlah kena pada cara dan tempatnya. Sama jugak seperti diri kita yang mahu orang menegur kita secara baik dan berhemah, macam tu jugak mereka.

Jangan ingat mereka salah, kita boleh sesuka hati nak blame mereka tak kira tempat dan masa. Salah, memanglah salah. 

Tapi, cara teguran jugak penting. Nanti bukan saja mereka tersinggung dengan kita, malah nasihat serta teguran kita pun umpama 'mencurah air ke daun keladi'. 

Tak mencapai objektif kata orang.  So, nak menegur pun ada caranya tau. Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Macam mana nak menegur orang secara berhemah?
Macam mana nak menegur orang secara berhemah? Sumber Google.

Antara adab macam mana nak menegur seseorang itu dengan dara berhemah. Pendek kata, teguran yang lembut tapi tegas. Antara teguran itu adalah;

Tahu sebab apa korang menegur.

Maksudnya, tujuan teguran itu. Apa yang penting, bila kita menegur seseorang tegurlah dengan baik macam mana kita cara orang lain menegur diri kita. Korang faham tak maksud cikla ni? 

Pastikan teguran korang tu tak akan merendahkan-rendah orang yang kita nak tegar tu walaupun ternyata orang tu memang salah.

Tahu masa yang tepat korang nak menegur.

Seeloknya, elakkan dari menegur di khayalak ramai sampai orang tu merasa malu. Kalau macam tu gayanya, itu dah jadi kes lain. Kes nak memalukan aje tu. Tak baik tau. 

Paling bagus, masa korang nak tegur tu hanya korang berdua je ada di 'tempat kejadian'. Boleh kan?

Tegur secara berdepan atau bersemuka.

Tak menggunakan orang tengah. Apa yang penting, tegurlah dengan cara beradap dan sopan. Pendek kata, berlembut tapi tegas!

Semasa menegur, guna bahasa yang sesuai.

Sebaiknya, elakkan dari menggunakan bahasa sindiran dan sinis. Kalau korang nak tau, sindiran itu bukanlah satu cara teguran yang baik tapi sebaliknya ia akan menyakitkan hati orang yang kita nak tegur tu. 

Last last, orang pun dah tak nak dengan cakap kita dah. So, bahasa kena 'cantik' sikit ye.

Macam mana nak menegur orang secara berhemah?
Macam mana nak menegur orang secara berhemah? Sumber Google.

Apa yang penting, teguran yang berhikmah dan berhemah inshaaAllah akan di terima dengan senang hati oleh orang yang ditegur. 

Jangan ingat kita menegur orang tu, kita boleh buat apa aje yang kita suka dengan alasan korang nak menegur demi kebaikan walaupun tak kena dengan caranya.

Sumber Ruangan Isu...Isu...Isu, Majalah Wanita.

6 comments:

  1. Anonymous19 July, 2017

    Betul tu, ada sesetengah orang contohya orang atasan, kadangkala langsung tak ada sikap "profesional" bila nak tegur/marah orang, tak kira tempat dan masa. Main hemtam je janji puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul caranya tu. Walaupun kita ni bos, nak tegur org bawahan kena ada caranya. Nnti mereka akan lebih respect kita sebagai org atasan mereka.

      Delete
  2. Betul tue,, kena tahu cara yg betul utk menegur

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Ada seni mengur kan cik la

    Nak tegur anak pun tak sama caranya

    ada kena cara lembut

    Ada kena puji

    Ada kena belanja dulu

    Hehe

    ReplyDelete
  4. Betul tu, kadang-kadang diri sendiri tak berani nak tegur orang. Takut sangat member tu kecik hati. Lepas tu terbakar sendiri! hahaha

    ReplyDelete