'Santai Tapi Sampai'

21 July 2017

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.

Siapa yang mengikut kisah cikla bersama tiroid ni sejak mula sampai sekarang mesti tau kan yang sekarang ni cikla admit ward lagi untuk rawatan radioiodin (RAI). 

Alhamdullillah, cikla sudah melalui tempoh kuarantin 5 hari di ward IKN, Putrajaya ni dengan baik. Syukurlah, takde sebarang masalah yang timbul sepanjang cikla menjalani rawatan ni di sini. Thanks Allah! 

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.
Sumber Google. 

Selepas ni, cikla akan sambung kuarantin 3 hari lagi di rumah untuk mencukupkan 8 hari tempoh kuarantin ni. 

Selepas 8 hari, keadaan sudah kembali seperti biasa dan cikla dah boleh bercampur gaul dengan keluarga semula, melakukan aktiviti rutin macam selalu. 

Sebelum cikla discharge, cikla kena buat whole body scan (wbs) terlebih dahulu untuk mengetahui sejauh mana iodin itu bertindak balas. 

Prosedur tu cikla dah buat pun pagi tadi, result dah dapat pun. Alhamdullillah, memang masih ada lagi sisa tiroid yang dikesan tapi selnya adalah terlalu kecil.

Nanti 6 bulan akan datang ni cikla akan minum sekali lagi iodin ni untuk kali kedua tapi dos yang lebih rendah. 

Kalau yang pertama ni cikla kena minum 100mci, tapi InshaAllah untuk yang kedua nanti cikla akan minum 10mci je. Kuarantin pun dekat rumah je. 

Kekdahnya sama je macam cikla RAI first ni. Semoga selepas ni semuanya akan clear dan sel-sel jahat akan terhapus. Aamiin.

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.
Sumber Google  

Ada yang tanya apa rasa, kesan dan pengalaman cikla minum iodin ni? Nanti cikla share dekat entri lain ye. Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik. Aamiin.

5 comments:

  1. Alhamdulillah dpt balik rumah

    ReplyDelete
  2. Semoga bertambah sihat.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semoga.dipermudahkan urusan seterusnya =)

    ReplyDelete