'santai tapi sampai'

Cikla percaya mak ayah zaman sekarang ni menghadapi cabaran yang agak besar dalam mendidik anak-anak. Betul tak?  Dengan kemajuan teknologi...

Tips mendidik anak agar tak degil.

Cikla percaya mak ayah zaman sekarang ni menghadapi cabaran yang agak besar dalam mendidik anak-anak. Betul tak? 

Dengan kemajuan teknologi, pengaruh luar tak kiralah pengaruh dari rakan sebaya anak macam agak payah kalau tak kena dengan caranya. 

Anak-anak ni pulak, banyak ragam dan kerenahnya. Ada yang bila kat depan mak ayah amboi kemain lagi sopan dan naif sungguh. Tapi, bila kat 'belakang' mak ayah, wah, "akulah raja."

Mintak dijauhkanlah anak-anak kita dari mempunyai sikap macam ni kan. Itu belum lagi dengan pengaruh media sosial, internet dan sebagai. Mak ayah memang kena sentiasa alert dan amik tau. 

Sebenarnya, ada beberapa tips yang cikla nak share kat mak ayah semua macam mana nak mendidik anak supaya tak degil. Kalau nak tau, jom baca yang seterusnya. Menarik tau.

Tips mendidik anak agar tak degil.
Tips mendidik anak agar tak degil. Sumber Google. 

Kalau korang nak tau, masa anak korang sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai untuk "mengajar" mereka terutamanya pada waktu 2/3 malam, sebab minda ‘bawah sedarnya’ berada pada keadaan paling optimum masa ini.

Hanya 'minda sedarnya' yang tidur. Apa yang perlu korang lakukan, korang sentuhkan ibu jari korang ke langit-langit dan sentuhlah dengan halus ibu jari korang tu ke ubun-ubun anak yang ingin korang nasihati.

Ketika ibu jari berada di atas ubun-ubun, berselawatlah ke atas Nabi dan baca surah Al Fatihah. Selepas itu, teruskan dengan berzikir (dalam hati) dan jangan putuskan zikir korang tu.

Kemudian, korang angkat ibu jari korang (sebolehnya) janganlah putus berzikir dalam hati. Bercakaplah menggunakan suara yang agak perlahan. Jangan pulak sampai anak korang tu terbangun. 

Beritahulah apa korang yang nak beritahunya. Berilah nasihat yang berguna seperti jadilah anak yang baik, anak yang mendengar cakap mak ayah, anak yang taat kepada Allah dan Rasullullah dan semua nasihat yang baik-baiklah.

Apa yang penting, sebaiknya jangan putuskan zikir korang tu sebab Insha Allah, zikir itu akan masuk bersama dengan nasihat korang. 

Apa yang 'menakjubkan' adalah, hasilnya nanti korang akan dapat tengok 'tindakbalas' dari anak korang yang dia sedang terima apa yang kita katakan tu, iaitu kelopak mata anak korang akan bergerak-gerak.

Insha Allah, korang akan berjaya dengan cara ini dengan izin Allah SWT jua.

Ada sebuah kisah semasa di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang ada bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?" Jawab bapanya, "Saya mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Allah. Maksudnya, anaknya itu sudah dididik sejak dari dalam kandungan lagi.

Tips mendidik anak agar tak degil.
Tips mendidik anak agar tak degil. Sumber Google. 

Pendapat cikla, proses mendidik anak ni sebaiknya bermula sejak dari mereka kecik lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Apa yang mak ayah kita ingat, anak ni merupakan cermin kepada diri kita. Sebagaimana sikap dan didikan kita, begitulah sikap si anak kelak.

Semoga anak-anak kita membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati mak dan ayah.  Aamiin.

Sumber page Facebook Ragam Anak.

4 comments:

  1. Tugas mendidik anak2 merupakan tanggungjawab kita.
    Didikan yang sempurna akan mempastikan anak2 kita menjadi insan yang diharapkan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tips ni CikLa..anak-anak ni umpama cermin ibu ayahnya..orang yang memandang lazimnya buat kesimpulan bagaimana didikan ibu ayah setelah melihat anak tersebut..tapi bagi PC..tidak begitu kerana ada juga yang ibu ayah puas menasihati si anak namun seolah tiada kesan..

    ReplyDelete
  3. Tq cikla for info berguna ni

    ReplyDelete
  4. anak2 cerminan ibubapa serta pemimpin ke syurga Insyaallah!

    ReplyDelete