'santai tapi sampai'

Ada bayi yang dilahirkan tak memiliki rambut yang lebat dan hitam. Tapi, alhamdullillah anak-anak cikla empat-empat lahir semuanya berambut ...

Tips lebatkan rambut anak.

Ada bayi yang dilahirkan tak memiliki rambut yang lebat dan hitam. Tapi, alhamdullillah anak-anak cikla empat-empat lahir semuanya berambut lebat. Apa petua? Entahlah, mungkin rezeki mereka diberikan rambut yang lebat dan tebal. Mesti korang tau kan, orang Melayu biasanya akan melakukan majlis 'cukur jambul' untuk bayi yang baru lahir.

Lepas tu, Rambut bayi akan dicukur untuk memastikan rambut baru akan tumbuh dengan lebat dan sihat. Ada jugak orang tua-tua cakap rambut yang dibawa dari dalam perut tak elok. Sejauh mana betul atau tak, waallahualam.

Ada sesetengah bayi yang dicukur rambutnya, rambutnya tak tumbuh-tumbuh pulak. Kalau bayi lelaki takpelah kot, kalau bayi perempuan? Kesian pulak kan. So, si ibu apa lagi. Macam-macam cara dicubanya sebagai usaha nak melebatkan rambut anaknya.

Sebenarnya, kaedah mencukur kepala bayi tu bagus sebab ia baik untuk kesihatan kulit kepala kerana kebanyakan bayi kepalanya banyak kerak kotoran semasa bayi berada dalam kandungan ibu. Kalau korang nak tau, sebenarnya faktor genetik, keturunan dan faktor pemakanan juga memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut bayi.

Kalau anak kita dah pandai makan, pastikan dia diberi makanan yang mengandungi nutrisi yang seimbang supaya ia dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Antara nutrisi atau zat yang penting untuk pertumbuhan rambut adalah protein (telur, ikan, daging, susu dan kekacang), omega 3 (ikan salmon, minyak ikan), zat besi (bayam, tomato, kentang) dan vitamin (buahan, sayuran).

Tips lebatkan rambut anak.
Tips lebatkan rambut anak. 

  1. Madu dan minyak zaitun. Cikla rasa semua orang tau akan kebaikan madu tak kiralah dalam badan kesihatan dan kecantikan. Begitu jugak dengan kelebihan yang ada dalam minyak zaitun kerana adanya vitamin E di dalamnya. Campurkan keduanya, kemudian sapukan ke kepala anak kita sebelum dibilas bersih. Lakukan sekali atau dua kali sehari, InshaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan. 
  2. Lidah buaya (Aloe Vera). Rasanya ada yang dah tau lidah buaya ni mampu menghitamkan dan melebatkan rambut kita tak kiralah untuk bayi atau orang dewasa. Untuk lebatkan rambut bayi, ambil isi dan lendir lidah buaya ni kemudian hancurkan sampai ia berbentuk gel. Selepas itu, sapukan 'gel' tersebut secara rata di kepala anak kita. Buatlah beberapa kali dalam seminggu untuk hasil yang memuaskan. 
  3. Avokado dan madu. Kedua bahan ni dikatakan mempunyai kandungan yang boleh melebatkan rambut bayi. Caranya adalah ambil isi buah avokado yang telah masak, kemudian hancurkan isinya dan jadikan ia macam pupur. Selepas itu, campurkan isi avakado tersebut dengan satu sudu madu ahli dan gaul rata sebelum dioleskan ke kulit kepala bayi. Setelah dioles rata, tutup kepala bayi dengan penutup kepala supaya mereka tak menyentuhnya dengan tangan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih. 
  4. Minyak kelapa. Kalau yang ni memang cikla buat. Minyak kelapa pun, yang buat sendiri. Sapukan minyak kelapa pada kepala bayi. Kalau cikla dulu memang cikla tak cuci, cikla buat macam minyak rambut tu. Tapi kalau korang nak cuci boleh je.
  5. Pisang dan minyak zaitun. Kedengaran pelik kan. Guna pisang? Betul, pisang kaya dengan bahan mineral seperti kalium yang berupaya membuatkan rambut tumbuh dengan cepat. Manakala, minyak zaitun menjadikan folikel rambut lebih kuat dan menumbuh dengan baik. 
  6. Buah keras. Sebelum ni kita tau orang guna buah keras dalam rempas ratus dan masakan. Tapi, sebenarnya minyak buah keras sangat bagus untuk rambut kerana ia boleh menyihatkan, melebatkan, menyuburkan, menguatkan dan mencegah rambut dari rosak serta menghitamkan rambut secara natural. Caranya mudah aje, just sapukan minyak buah keras ke kepala anak kita hingga ke hujung rambutnya. 
  7. Air kelapa muda. Urut lembut kepala anak kita dengan menggunakan air kelapa muda kerana ia dikatakan boleh melebatkan rambut mereka. Caranya mudah aje, siramkan air kelapa muda ke kepala anak sambil tu urut lembut kepalanya. Lakukan setiap pagi dan petang selepas mandi.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

7 comments:

  1. Petua orang lama memang boleh amalkan... sebab bahan2 nya pun adalah bahan yang kita tahu banyak khasiatnya.. nice entry cikLa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Petua org lama dah tentu bebas dari bahan kimia. Semulajadi...

      Delete
  2. Hahaha...yaya pun tak tak...ekekeke...saya pakaikan syampoo santan...senang cerita..alhamdulillah dah ok rambut dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna santan pun ok jugak. Janji konsisten kan. Hasil pun puas hati.

      Delete
  3. selalunya guna santan ataupun aloevera

    ReplyDelete
  4. ank dlu sekali botak cin...tumbuh kemain lambat..pastu botak cin lg..lani nmpk dh ank rmbut..skrg nk cr mnyk buah keras..mnyk tu mse si abg die lebat sgt huhu

    ReplyDelete