Cikla rasa semua anak suka bila dirinya dicium oleh ibu dan bapanya. Rasa dirinya sangat disayangi. Macam anak cikla jugak, kalau kita cium dan peluk dia, senyumnya sampai ke telinga.
Tapi, tahukah korang mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibu bapa, ada empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak.
Perbuatan ni hendaklah dilakukan setiap hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita. Mahu tahu apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak? Meh baca ni.
Ciuman yang patut diamalkan pada anak-anak adalah;
- Ciuman di ubun-ubun. Ia menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya, sambil tu doakanlah anak kita semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, Insya’Allah.
- Ciuman di dahi, iaitu ciuman yang menandakan kita redha terhadapnya yang mana dia adalah anak kita. Rasulullah SAW pernah mencium anaknya, Fatimah r.a di dahi beliau.
- Ciuman di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda perasaan sayang dan rindu kita pada anak.
- Ciuman di tangan anak, iaitu sebagai tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah SAW juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Manakala, sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak pulak adalah;
- Mengosok belakang kepala anak, iaitu sebagai tanda belas kasihan dan anak akan merasai dikasihani dan dilindungi.
- Menggosok atas kepala atau ubun-ubun anak. Ini menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
- Menggosok atas dahi anak. Ia menunjukkan sebagai tanda perasaan sayang dan rindu kita terhadap anak.
- Memegang kedua-dua pipi anak, yang menunjukkan tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) kita terhadap mereka.
- Memegang kedua-dua tangannya, iaitu untuk menenangkan anak ketika kita nampak perasaan anak seperti kacau atau keliru.
- Gosok di dada (ketika perlu). Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Sumber WhatsApp group.
Bila menyusu selalu cium tangan dia...dia yang hulur..hehe
ReplyDeleteSentuhan seperti ni memang bagus kepada anak supaya rasai dihargai dan diberi perhatian.. Kalau anak yang nak meningkat remaja kena bagi lebih perhatian..
ReplyDeleteTakut2 mereka cari perhatian dengan cara yang lain pula