Cikla percaya semua orang mahukan pasangan seperti yang diidamkan. Macam mana perempuan yang sentiasa inginkan lelaki yang 'sempurna' di matanya, begitu jugak lelaki.
Walaupun, ada yang mengatakan sikap lelaki ni kadang-kadang pelik, tapi sebenarnya diaorang ni bukanlah makhluk yang rumit.
Apa yang penting, kebanyakan dari mereka sebenarnya tak banyak sempoi dan tak banyak kerenah.
Ada 5 ciri yang rasanya si perempuan ni jarang nak amik tau tapi sebenarnya menjadi pilihan si lelaki. Korang nak tau tak? Jom baca apa yang cikla nak share ni. Menarik tau.
5 ciri perempuan yang jarang diambil kira tapi menjadi pilihan lelaki. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
- Sorang lelaki sangat suka pada perempuan yang memahami dan mengambil berat akan diri. Biasalah, lelaki ni kan ada sesetengahnya bukannya suka bercerita atau berkongsi masalah dengan pasangan. Tapi, mereka sangat suka kalau pasangannya suka bertanya dan mengambil tahu. Mereka menganggap perempuan begini lebih matang dan mereka sentiasa mengharapkan sokongan serta dorongan dari pasangan mereka untuk berjaya.
- Semua orang mengharapkan pasangan boleh menjadi pendengar yang baik lebih-lebih lagi kalau mereka sedang menghadapi masalah. Walaupun ada kalanya kita merasakan mereka lebih suka berkongsi masalah dengan kawan baik atau keluarganya, tapi sebenarnya ada sesetengah lelaki lebih suka berkongsi 'cerita' dengan pasangannya. Mereka merasakan seorang perempuan itu mempunyai 'kelebihan' menjadi pendengar yang baik lebih-lebih lagi cerita berkaitan dengan emosi selain mereka ingin berkongsi 'rasa' dengan orang yang dicintainya.
- Mereka lebih suka pada perempuan yang boleh dijadikan kawan baik di samping boleh jugak menjadi kekasih. Bagi mereka, perempuan yang ceria, periang dan happy go luck ni tak membosankan. Mereka bersikap lebih terbuka tak kiralah dalam memberi dan menerima pendapat.
- Kalau korang nak tau, sikap lelaki yang kadang-kadang kita tak perasan adalah mereka ni manja. So, mereka sangat suka pada perempuan yang boleh dijadikan tempat bermanja lebih-lebih lagi semasa mereka dalam kesedihan.
- Ada lelaki tak suka pada perempuan yang terlalu bergantung kepada mereka. Mereka lebih sukakan perempuan yang pandai berdikari sebab mereka merasakan perempuan sebegini lebih matang dan tak terlalu mengharapkan mereka untuk melakukan sesuatu perkara. Independent women!
Tapi kita kena ingat tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sebab itulah manusia itu dijadikan berpasang-pasangan kerana boleh saling me lengkap antara satu sama lain.
Apa yang penting, terimalah pasangan kita seadanya dan berusahalah menjadi yang terbaik demi perhubungan yang berkekalan. Till Jannah kata orang sekarang.
Be yourself.
Sumber Ruangan Gen. Y, Harian Metro.
setuju dengan yang ini hehehee.
ReplyDeleteSemua sifat Tu mmg elok Kita Ada semua org pun Akan senang
ReplyDeleteyg part terakhir tue ada s'stgah lelaki yg tersinggung lau perempuan terlalu berdikari haha mcm sy hahaha
ReplyDeleteSetuju sejuta kalii, hehehe
ReplyDeleteAgree! Cuma kalau terlalu berdikari, kadang-kadang ego lelaki tercabar. Hehehe!
ReplyDelete