'santai tapi sampai'

Bila dengar perkataan 'kanser' je, semua orang dah gerun kan. Untuk diri cikla sendiri, memang cikla tak pernah menduga cikla juga ...

Cegah dan hapuskan sel kanser dengan 5 bahan makanan ini.

Bila dengar perkataan 'kanser' je, semua orang dah gerun kan. Untuk diri cikla sendiri, memang cikla tak pernah menduga cikla juga turut diuji memiliki penyakit yang digeruni ni. 

Bermula dengan bengkak di leher kiri, lepas tu timbul pulak ketulan kecik di sebelah kanan. Ketulan kecik itulah 'punca' nya. 

Alhamdullillah, cikla telah selamat menjalani pembedahan membuang tiroid yang bermasalah bersama sel jahat itu. Cikla sekarang masih lagi dalam rawatan.

'Doakan cikla sembuh sepenuhnya dan bebas dari sel yang jahat ni ye.'

Berbalik kepada cerita yang asal, ada beberapa bahan makanan yang dikatakan dapat mencegah dan menghentikan pertumbuhan sel kanser. 

Kajian berkaitan kepada penyembuhan kanser adalah memberi tumpuan kepada inhibitor, yang mana ia merupakan peningkatan dalam pembesaran vaskular sel iaitu mewujudkan saluran darah baru.

Cegah dan hapuskan sel kanser dengan 5 bahan makanan ini.

Berikut merupakan 5 bahan makanan yang anti-angiogenesis. Ia dikatakan dapat membantu, mencegah dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan.

  1. Blueberry dan raspberry merupakan tumbuhan yang terkenal dengan ciri-ciri anti kanser, terutamanya terutama kanser ovari. Kedua-duanya  mengandungi fitokimia, iaitu bahan utama yang ada di dalamnya. 
  2. Kopi dan teh hijau dikatakan dapat  mengurangkan risiko perkembangan kanser. Tapi, untuk pengidap hipertiroid mereka tak digalakkan mengambil kopi dan minuman berkafein terutama kalau mereka mengalami masalah jantung laju. Info mengenai teh hijau, cikla ada share di SINI dan SINI
  3. Satu kajian di Harvard telah menunjukkan bahawa risiko kanser prostat diturunkan sebanyak 50% jika mereka memakan tomato yang dimasak. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam menghalang angiogenesis.
  4. Coklat gelap (dark chocolate) adalah sangat bagus untuk dimakan sebab ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan melawan kanser juga.
  5. Kunyit (turmeric) sememangnya kaya dengan kebaikan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ia juga bagus untuk mengurangkan lemak dan turut digunakan sebagai langkah pencegahan terhadap kanser.

Orang cakap tak salah kita nak berusaha kan.

Sumber SINI.

4 comments:

  1. Mencegah itu lebih baik..jom kita amalkan..terima kasih CikLa perkongsian ya..

    ReplyDelete
  2. Salam, jemput join GA saya :)
    https://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

    ReplyDelete
  3. setuju ni..banyak juga kajian saya dah baca untuk makanan Cik La sebut ni..

    dan ada juga makanan tambahan yang memang dieorang keluarkan kajian sendiri untuk tgk keberkesanan dia..

    mencegah lebih baik dari merawat

    ReplyDelete
  4. sekarang memang amalkan minum teh hijau tanpa gula. hihi

    ReplyDelete