'santai tapi sampai'

Bila bercerita mengenai kesihatan, kebanyakan wanita hanya mengambil tau  'organ' mereka sihat. Tapi, mereka lupa akan  organ yang ...

Bacaan untuk wanita sahaja : 9 perkara yang korang tak perlu lakukan pada faraj (vagina).

Bila bercerita mengenai kesihatan, kebanyakan wanita hanya mengambil tau  'organ' mereka sihat. Tapi, mereka lupa akan  organ yang satu ini tak kurang pentingnya. Ada sesetengahnya wanita mengabaikan kesihatan faraj (vagina) mereka.

Untuk pengetahuan korang, faraj (vagina) yang sihat adalah bersifat berasid dan ia mengandungi bakteria bermanfaat yang membantu mencegah jangkitan termasuklah mengekalkan paras pH yang normal. 

Untuk menjaga dan memelihara agar faraj (vagina) sentiasa sihat bukanlah susah pun sebenarnya. 

Apa yang penting adalah sentiasa mengamalkan kebersihan yang betul, mengambil diet dan makanan yang sihat serta bijak menguruskan tekanan.

Sebenarnya, amat penting untuk kita ambil tahu apakah yang boleh 'membahayakan'  kesihatan faraj (vagina) kita. 

Kesihatan faraj (vagina) yang baik akan memberi kebaikan kepada kesihatan kita secara keseluruhannya. Ada 9 perkara cikla rasa semua wanita kena tau demi memelihara mahkota kita yang satu itu. Nak tau, jom baca seterusnya.

Bacaan untuk wanita sahaja : 9 perkara yang korang tak perlu lakukan pada faraj (vagina).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

1- Elakkan dari membersihkan faraj (vagina) menggunakan cucian yang mengandungi bahan kimia.

Cucian sebegini dikatakan boleh mengganggu tahap pH faraj (vagina) sekaligus menyebabkan jangkitan. Banyak je petua yang boleh kita amalkan seperti mencuci dengan daun sirih. Paling tak pun cuci je dengan air suam untuk membersihkannya.

2- Elakkan bertangas (steaming) secara kerap.

Memang ada yang mengatakan amalan bertangas ni bagus, tapi ada keburukannya jugak. Kalau korang nak tau, semasa bertangas ia boleh 'membakar' kulit sensitif di dalam dan di sekeliling faraj (vagina). 

Selain itu, stim jugak menyebabkan faraj (vagina) menjadi kering sekaligus ia akan mengganggu keseimbangan bakteria semulajadi yang hidup di dalam faraj (vagina).  Keadaan ini akan meningkatkan risiko jangkitan yes pada faraj (vagina). 

3- Elakkan dari menindik alat kelamin.

Memang tak dinafikan, ada sesetengahnya suka menindik alat kelamin kerana ia dikatakan mampu meningkatkan keinginan seksual. 

Ada jugak yang menindik bahagian ni sekadar suka-suka, terpengaruh dengan kawan dan kerana fesyen. 

Tak kira di mana ia dilakukan, faraj (vagina) adalah kawasan yang sangat sensitif dan ia boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk serta  kerosakan saraf. 

4- Jangan memakai pakaian terutamanya seluar yang terlalu ketat.

Kerana seluar ketat dikatakan boleh menyebabkan kerengsaan faraj (vagina) dan peningkatan risiko jangkitan kuman. 

Pakailah seluar termasuk seluar dalam yang sesuai serta pastikan ia diperbuat dari material yang menyerap peluh seperti kain kapas. Elakkan memilih kain dari jenis poliester dan renda. 

5- Pastikan bulu di kawasan intim sentiasa diuruskan dengan baik.

Semasa mencucur, elakkan dari menggunakan pencukur yang telah digunakan oleh orang lain. Pendek kata, jangan share alat pencukur dengan orang lain. 

Walaupun, bulu di kawasan intim bertujuan menyerap kelembapan yang berlebihan dan melindungi kawasan intim dari jangkitan. 

6- Jangan menggunakan sabun wangi atau pewangi pada faraj (vagina).

Tak dinafikan ada wanita yang menggunakan sabun wangi semasa membersihkan kawasan tersebut kerana menyangka penggunaan sabun tersebut boleh memberikan 'bau' yang mengasyikkan. 

Ada jugak yang menyembur minyak wangi di kawasan faraj (vagina). Sebenarnya, kedua-duanya adalah tidak baik kerana boleh menyebabkan iritasi, kerengsaan dan jangkitan pada faraj (vagina) disebabkan kehadiran bahan kimia di dalamnya. 

Sebaiknya, guna air suam biasa je untuk menjaga menjaga kebersihan faraj (vagina). Elakkan menggunakan air panas sebab ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

So, hati-hati, begitu jugak kalau korang menggunakan pencuci bahagian intim tu. 

7- Semasa datang bulan (period), selalulah menukar pad terutama pada masa awal-awal datang bulan.

Kalau korang nak tau, pH darah haid adalah lebih tinggi daripada pH faraj (vagina) yang sihat. Semakin lama korang menggunakan pad yang sama, risiko jangkitan adalah lebih besar. 

Pada yang sudah berkahwin, semasa melakukan hubungan intim dengan pasangan, mungkin ada yang menggunakan jelly petroleum sebagai lube atau pelincir. Elakkan. 

Lagipun, adalah sangat susah untuk membersihkan jeli petroleum selepas 'bersama'. Apa yang kita lena ingat, kawasan faraj (vagina) adalah kawasan yang sangat sensitif. 

Tak dinafikan, ada kalanya jerawat akan muncul di kawasan ini. Elak dari memicitnya. Perbuatan ini akan menyebabkan keradangan kulit dan kadang-kadang boleh bengkak di kawasan yang terlibat. 

Selain itu, ia boleh menyebabkan parut  kekal wujud. So, biarlah je sebab jerawat tu akan sembuh dalam masa satu atau dua minggu.
Marilah kita sama-sama menjaga anugerah ini. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sumber SINI.

6 comments:

  1. tips yang baik..walaupun bagus untuk bacaan wanita..para suami pun boleh baca dan maklumkan pada isteri tersayang

    ReplyDelete
  2. nice sharing sis! point no 3 tu selalunya org putih je buat kan. erkkk tak sakit ke tindik bahagian tu. huhuhu.

    ReplyDelete
  3. jerawat tumbuh kat muka sudah rasa tak selesa, apatah lagi kalo ia tumbuh dekat kwsn faraj alahai

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu :)

    ReplyDelete
  5. Dulu, saya penah jugak ditumbuh jerawat kat area situ, sakitnya hanya Allah yang tau, macam kena jerawat batu..huhu..

    ReplyDelete