'santai tapi sampai'

Cikla baru je dengar pasal v aginal douching (meruang) ni dari adik cikla. Sebelum ni, adik cikla mengalami keputihan yang agak teruk, dan...

Bacaan untuk wanita sahaja : Apa dia Vaginal Douching (Meruang) dan kesannya?

Cikla baru je dengar pasal vaginal douching (meruang) ni dari adik cikla. Sebelum ni, adik cikla mengalami keputihan yang agak teruk, dan kebetulan pulak dia sedang mengandung. 

So, dia cakap ada orang suggest untuk dia melakukan vaginal douching (meruang) semasa mencuci faraj.

Istilah 'meruang' itu sendiri membawa maksud perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj dengan menggunakan jari. Manakala, istilah douching menggunakan air atau cecair. 

Biasanya, air yang digunakan dicampur dengan cuka dan ‘douche’ yang dijual di dalam botol itu biasanya mengandungi antiseptik atau pewangi.

Untuk pengetahuan korang, menurut  Dr Afida Suhana (#MedTweetMy), ramai sebenarnya yang melakukan vaginal douching (meruang) ni. 

Bila ditanya mengapa mereka melakukannya, jawapan mereka adalah ia untuk menyingkirkan bau yang kurang enak, mencuci darah haid, mengelakkan dari keputihan, menghalang kehamilan selepas bersama serta mengurangkan jangkitan kuman. 

Sebenarnya, mereka tak tau risiko yang berlaku bila mereka melakukan vaginal douching (meruang) ni. Korang nak tau tak? Baca ni, perkongsian dari Dr. Afida Sohana mengenai perkara ni. 

Bacaan untuk wanita sahaja : Apa dia Vaginal Douching (Meruang) dan kesannya?

Faraj merupakan organ yang ‘self cleansing’, iaitu mencuci sendiri 'dirinya' dengan menghasilkan  lendiran/mukus, dan ia adalah normal. Melainkan kalau lendiran/mukus ni berbau dan berwarna, eloklah  berjumpa doktor. 

Untuk pengetahuan korang, kat dalam faraj mengandungi  bakteria yang hidup seimbang. Kelebihan bakteria-bakteria ini adalah untuk  menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5). 

Keadaan berasid ni akan menghalang bakteria dari membiak. Kalau keseimbangan terganggu sebagai kesan dari korang melakukan vaginal douching (meruang) ni, ia akan menyebabkan pH dalam faraj  berubah, dan menggalakkan pertumbuhan bakteria/patogen lain yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman berlaku. 

Melakukan vaginal douching (meruang) akan menyebabkan bakteria/patogen yang  ada di dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim. 

Keadaan ini jugak akan meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’.  PID ialah keadaan di mana  jangkitan kuman menular ke bahagian dalam sistem pembiakan wanita, dan menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia. 

PID jugak boleh menyebabkan wanita susah mengandung.  Kalau dia mengandung pun, potensi untuk  mengalami risiko kandungan di luar rahim juga meningkat. (ectopic pregnancy)

Ibu yang mengandung jugak tak digalakkan untuk melakukan vaginal douching (meruang) ni sebab ia boleh menyebabkan perubahan pH dan risiko  jangkitan kuman, seterusnya meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang.

Ada kajian yang mengatakan wanita yang selalu melakukan douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim. 

Kebanyakan douche yang dijual di khuatir mengandungi ‘phtalates’, iaitu sejenis  bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari. 

Walaubagaimanapun, risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, tapi ada jugak beberapa kajian kecil menunjukkan kaitan. 

So, perlu ke kita nak melakukan vaginal douching (meruang) ni setelah membaca 'kisah' di atas? Tepuk dada tanya diri.

1 comment:

  1. saya pun jadi was was sejak baca penulisan dokter ni..

    tapi masa sy sekolah menengah dulu ustazah saya mmg ajar, untuk tentukan darah haid dah habis atau belum boleh masukkan tisu ke dalam vagina dan lihat jika ada darah lagi maka tak payah lah mandi wajib dulu..

    Kalau putih baru mandi..selama ni saya amalkan lepas period la..tapi tak pakai pencuci apa pun..hanya air suam dan tisu sahaja..

    nauzubillah..semoga saya dihindari dari sehala penyakit serius mahupun tidak serius

    ReplyDelete