'santai tapi sampai'

Tak kiralah pengidap hypothyroid atau hyperthyroid, mereka tidak boleh skip ubat. Hal ini kerana, kalau mereka skip ubat, kesannya buruk m...

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid.

Tak kiralah pengidap hypothyroid atau hyperthyroid, mereka tidak boleh skip ubat. Hal ini kerana, kalau mereka skip ubat, kesannya buruk mungkin akan berlaku iaitu serangan thyroid storm lebih-lebih lagi bagi pengidap hyperthyroid sebab golongan ini lebih berisiko tinggi. 

Apa dia yang dimaksudkan dengan thyroid stormTHYROID STORM adalah keadaan di mana hormon tiroid dirembeskan terlalu banyak secara tiba-tiba. 

Ia akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju (tachycardia), rasa sesak nafas, loya, suhu badan meningkat, jadi keliru, akhirnya degupan jantung gagal berfungsi dan boleh mengakibatkan KOMA

So, rawatan kecemasan perlu diberi jika simptom ini berlaku.

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google  

Serangan thyroid storm boleh berlaku kepada mana-mana pengidap hyperthyroid yang tak mengambil ubat atau mengambil ubat secara sambil lewa. Ia menjadi amat bahaya kalau pengidap tak tahu yang mereka mengidap hyperthyroid. Biasanya, bila pengidap terkena serangan ini, pengidap akan dimasukkan ke ICU. Justeru, adalah sangat penting untuk mereka yang disyaki atau mempunyai simptom hyperthyroid untuk membuat pemeriksaan oleh pegawai perubatan atau pakar bagi mengelakkan thyroid storm berlaku.

Nauzubillah.

Bagi pengidap hypothyroid pulak, mereka tak kena thyroid storm ni tapi ia menjadi lebih bahaya sebab boleh menyebabkan pengidap tak sedarkan diri. Keadaan ini  amat bahaya, terutama kalau korang sedang memandu dan berseorangan. 

Akan tetapi, pengidap hypothyroid pun masih boleh terkena pra-thyroid storm seperti jantung menjadi laju dengan tiba-tiba, rasa nak pitam, berpeluh walaupun berada di tempat sejuk dan jari-jari tangan shaking

Untuk mengatasi keadaan ini, tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Selepas itu, minumlah air sejuk, InshaAllah cara ini amat membantu korang.

Sumber Facebook page TIROID DAN ANDA (ORI).

8 comments:

  1. Perkongsian yang bagus..baru tahu pasal ini..

    ReplyDelete
  2. Ini dipanggil Hypertyroidism

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbab tu hyper lebih berisiko terkena thyroid storm

      Delete
  3. t.kasih atas perkongsian. akak ms april '17 dpt hyper. on ubat carbi 6 biji sehari. jun '17 normal, continue ubat. ogos '17 hypo. stop ubat terus. dis '17 normal. mggu depan jumpa dr. apa la agknya result terkini. simptom mcm hypo je ni. Allah lah tmpt brgantung.

    ReplyDelete
  4. trm ksh ats prkongsian...mohon share sis...sy pengidp hypertiroid..bru smggu mnjalani rwtn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutlah apa yang disarankan oleh doktor. Yg penting jgn skip ubat. Semoga dipermudahkan semuanya ye.

      Delete