Mengata orang.

Memang dah lumrah kot, mulut tu kadang-kadang sedap je mengata orang kan. Niat asal konon-konon nak bercerita je, pung pang pung pang last last termengata jugak.

Betul tak?

Pada pendapat cikla, itulah salah satu kelemahan manusia sebenarnya. Mungkin kita cerita atau bersembang pasal si polan ni dengan niat nak bagi pengajaran pada yang lain. 

Tapi, memang tak dinafikan mungkin kita tertokok tambah cerita, orang cakap nak bagi sesedap rasa. Kita kena ingat, cerita betul itu mengumpat, cerita tak betul itu fitnah. 

Dosa menfitnah lebih besar dari membunuh. Takut kan? Nauzubillah.

Mengata orang.
Mengata orang. Sumber : Facebook.

Mengata orang.
Mengata orang. Sumber : Facebook.

Mengata orang.
Mengata orang. Sumber: Facebook.

Betul jugak kan, dalam kita bercerita mengenai keburukan atau kesalahan orang lain mungkin sebenarnya keburukan itu ada pada diri kita jugak. Orang yang menilai kita sebenarnya, yang nampak bagaimana sikap kita sebenarnya. 

Mungkin betul apa yang kita cakap tentang seseorang itu, tapi bagaimana pulak dengan diri kita yang 'menjaja' cerita orang pulak. Terfikir tak, mungkin suatu hari nanti orang lain pulak yang akan 'bercerita' dan bergosip pasal kita pulak. 

Tak mustahil tu....

Macam orang putih cakap... "What you give, you get back... "

Mana ada manusia yang perfect kat dunia yang fana ni, hanya Dia Yang Maha Sempurna. Cermin diri sendiri dulu sebelum menghukum orang lain. Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. 

Semoga memberi manfaat kepada kita semua. 

3 comments:

  1. Betul la cikla.. kadang-kadang kite sendiri tak sedar kite dok mengumpat mengata orang,.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. betul kkdg diri sndiri pun x sedr dlm sedp cerita punya cerita rupanya termengata skli..nauzubillahminzalik..smoga Allah ampunkan

    ReplyDelete
  3. eyh tersame pulak entry kita :) btol2. kifarah islam ckp :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews