Jom atasi kulit berminyak.

Tak dinafikan ada sesetengah orang mempunyai jenis kulit berminyak. Keadaan yang orang cakap 'terlalu berminyak' sampai nampak muka berkilat akan menjadikan kita hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Betul tak?

Walaupun orang cakap, kulit berminyak ni berfungsi sebagai cairan yang dikatakan mampu menjaga keremejaan dan kekenyalan kulit, tapi kalau dah terlalu berminyak pun macam dah jadi masalah pulak kan. 

Apa kata kita cuba tips ni. Mana tau boleh kurangkan minyak pada kulit wajah tu. Tak cuba tak tau kan. Betul tak gais. Jom baca.

Jom atasi kulit berminyak.
Jom atasi kulit berminyak. Kredit Google.

Antaranya adalah, dengan encuba uci muka dua kali sehari dan jangan lupa gunakan produk yang sesuai dengan kulit wajah. Kalau selalu sangat cuci muka pulak, nanti ia akan mengikis lapisan kulit wajah kita, di samping ia juga akan membahayakan kulit kalau selalu terdedah pada cahaya matahari.  

Selain itu, jadikan pisang sebagai 'masker'. Caranya blend pisang dan tekapkan pada muka kita. Kalau kulit jenis berjerawat, just tambahkan sikit madu.

Semua tau kelebihan minum air kosong kepada kecantikan dan kesihatan diri. So, minumlah air kosong secukupnya sebab ia boleh menjaga metabolisme badan kita. Lagipun, ia jugak boleh bagi kelembapan dan halang minyak berlebihan daripada terhasil.

Tips seterusnya ialah, dengan menekup muka dengan tuala yang direndam dengan air suam yang dicampur sedikit garam. Tekap perlahan-lahan pada muka sampailah tuala tu sejuk. Ini akan membuka pori-pori muka kita dan garam pulak berperanan menyingkirkan kotoran pada wajah kita.

Ada orang menjadikan putih telur sebagai 'masker', iaitu dengan cara memukul putih telur dan sapu pada muka, kemudian biarkan kering sebelum dibilas dengan air suam.

Di samping itu, korang boleh jugak gunakan produk pencuci muka yang mengandungi asid salicylic atau 2-hydroxybenzoic acid yang mana ia berfungsi mengeluarkan kelenjar yang menghasilkan minyak dan folikel serta mengurangkan minyak yang dihasilkan oleh kulit.

Jom atasi kulit berminyak.
Jom atasi kulit berminyak. Kredit Google. 
 
Lastly, tekapkan dengan menggunakan tuala air perahan lemon yang dicampur dengan sedikit madu pada muka. 

Ia boleh menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyingkirkan parut jerawat sebab vitamin C yang terkandung di dalamnya lemon.

Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.

8 comments:

  1. Salam Pagi...
    Nieyl singgah sini...♥
    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. saya selalu makin berminyak klu dok depan kipaih... huhu

    ReplyDelete
  3. mek baru nk start buat routine balik facial kat rumah --' lame benorrrr dah tgainye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa muda muda rajin jugak kan. Skng dh ada anak mcm x sempat je nk facial bagai... Hihi

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews