Tahniah pada yang berjaya!

Hari ni result UPSR keluar dah. Walaupun cikla takde anak or anak saudara yang mengambil peperiksaan ni, tapi rasa teruja gak nak tau berapa ramai yang berjaya dapat straight A's. Tadi pun cikla tengok dalam berita, happy sangat dengan kejayaan adik-adik yang dapat 5'A.

Cikla nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya. Segala pengorbanan dan usaha adik-adik semua berbaloi dengan mendapat keputusan yang cemerlang.

Pada yang tak berjaya, jangan putus asa tau. Gagal UPSR bukan bererti gagal dalam hidup. Jadikan ini sebagai pembakar semangat adik-adik untuk mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang. Jangan sedih-sedih tau, mungkin takde rezeki adik-adik masa ni. Mungkin rezeki adik akan datang nanti. Siapa tau kan? Yang penting jangan patah semangat dan mudah mengalah.

Tahniah pada yang berjaya!
Tahniah pada yang berjaya! Sumber gambar : Mr.Google.

Teringat dulu cikla masa UPSR, keputusan yang cikla dapat takde lah best sangat. Cuma 1A2B1C je pun. Tapi, cikla tak mudah putus asa. Alhamdulillah, masa PMR cikla 7A1B dan SPM cikla dapat pangkat 1. Dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Cikla bukan nak cerita cikla ni bijak pandai sangat ke apa, tapi the point is apa yang cikla nak share adalah JANGAN CEPAT PUTUS ASA. Usaha, Doa dan tawakkal.

UPSR dah berlalu, dah jangan nak fikir-fikir lagi. Apa yang penting sekarang adalah fikirkan masa depan. Kalau nak berjaya, kena usaha dan jangan lupa DOA. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap putus asa dan mudah mengalah. Aamiin.

Oklah, panjang pulak cikla berceloteh.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews