Cikla nak share macam mana nak buat "buah durian" buatan manusia. Hehe. Cikla ni takdelah kreatif sangat, tapi bolehlah kan. 

Sebenarnya cikla buat ni sempena pertandingan untuk ibubapa tadika anak cikla. So, cikla saja je join. Menang kalah belakang cerita. Cikla saja je share kot-kot boleh bagi idea kat korang. 

Manalah tau korang nak buat hantaran ke. Hihi. Jom kita tengok cara-caranya. Memula kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

DIY : Buah durian...

Belon, surat khabar lama, kertas warna, gam, dan gunting.

Caranya pulak.

Tiup belon sederhana besar (tak pun ikut suka lah, kalau kecik lagi comel). Lepas tu, gunting surat khabar jangan besar sangat jangan kecik sangat. Tapi, cikla tak gunting pun, cikla koyak-koyakkan je. 

Macam tu jugak dengan kertas warna. Gunting macam kita gunting surat khabar tu. Tampalkan surat khabar dulu di seluruh belon sampai penuh. 

Lepas dah siap tampalkan surat khabar, tampalkan pulak kertas warna. Kalau boleh tutup surat khabar jangan sampai nampak. Dah siap step pertama.

Ketepikan dulu belon bertampal tu. Kita nak buat durinya pulak. Ambil kertas warna yang sama, kemudian gunting dalam ukuran 2 in x 2 in lebih kuranglah. 

Lepas tu, gulungkan kertas itu jadi bentuk kon. Kemudian, gunting sikit kat bawah kon tu dan lipat.

DIY : Buah durian...

Letak gam pada tempat yang kita lipat tu, then tampal pada belon yang kita buat tadi. Buat sampai habis, dan tampal keseluruhan belon tadi. Done!! Inilah hasilnya.

DIY : Buah durian...

Yang cikla buat ni durinya panjang sikit. Tu yang jadi lain macam tu, hehe.