Pepahat? Binatang apa pepahat? Sebenarnya cikla baru je tengok pepahat ni. Jujur sejujur-jujurnya memang sebelum ni cikla tak pernah tengok pun. Kalau lala, kerang, mentarang, anak dara dua sebilik (macam kepah tapi kecik sikit) pernahlah tengok. 

Kalau yang ni, pernah dengar nama je, tapi tengok inilah first time. Rasanya pepahat ni boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan eksotik, boleh ke? Hehe.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi tetiba je suami cikla yang cute tu (amboi sempat puji suami tu, haha) bawak balik pepahat ni. 

Katanya, kawannya yang bagi. Dah sudah, cikla cakap dengan dia, "Ma manalah pandai masak pepahat ni. Tengok pun tak pernah, huhu." 

Dia cakap ala masak macam lala tu. Paling simple tumis je. Aisehhh, dengan pantas cikla wasap mak cikla tanya macam mana nak "urusin" pepahat ni, haha. Hambik kau. Baru terkial-kial tanya nak masak pepahat ni. Kat bawah nilah pepahat yang cika cakap tu.

Apa binatang PEPAHAT?
Apa binatang PEPAHAT?

Lepas tu, cikla pun fikir, baik cikla Google aje. Mesti ada punya cerita pasal pepahat ni. Memang betul. Rupanya ramai dah blogger yang dah post pasal pepahat ni. Tau la serba sedikit pasal ni. 

Dari apa yang cikla baca, pepahat ni ada panggil siput buluh. Ye la kot, sebab tengok rupanya pun dah macam buluh. Pepahat ni biasa hidup dalam pasir, tu sebab kalau nak masak dia kena rendam dulu untuk keluarkan pasir-pasir daripadanya. 

Lain tempat lain panggilan namanya. Kalau kat area Sarawak pepahat ni dipanggil ambal. Katanya rasa pepahat ni macam siput sungai dan nak makannya pun senang. Itulah yang cikla nak cuba rasa tu. Sedap ke tidak. Hehe.

Ermmm, oklah korang. Cikla nak pergi masak ni. Nanti cikla share apakah hasilnya nanti.

Sumber : SINI.