Sedapnya jeruk madu PAK ALI.

Wah, jeruk oh jeruk. Rasanya inilah satu-satunya jeruk yang cikla makan tak batuk dan tekak perit. Memang sedap la jeruk Pak Ali ni. Makan sebalang pun tak sedar tau. Haha, sebab sedap sesangat.

Al kisahnya, jeruk ni cikla dapat dari kawan husband cikla yang pergi ke Pulau Pinang baru-baru ni. Sebelum ni pun cikla pernah makan gak jeruk ni, tapi macam tak puas. Haa kau, sekali sebalang sekali hadap cikla sorang je makan. Punya asyik-masyuk menikmati jeruk ni, tak sedar sebalang habis. Tak salah kalau cikla cakap siapa yang makan jeruk ni macam ketagih. Bila makan satu, nak satu lagi. Begitulah seterusnya, sampailah habis sebalang. Haha, boleh tak macam tu.

Sedapnya jeruk madu PAK ALI.
Sedapnya jeruk madu PAK ALI.

Jom kita review sikit pasal jeruk yang sungguh menawan naluri makanku ini. Amboi, ayat kemain lagi. Jeruk Madu Pak Ali adalah jeruk buahan yang popular dengan rasa dan aromanya yang istimewa sebab ia dihasilkan dari buah segar berkualiti terus dari ladang. Rasanya memang sedap dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini.

Ia juga telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari pihak JAKIM, Sijil Mesti dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil 1 Malaysia Best dari FAMA. Gambar kat bawah menunjukkan apa yang istimewanya dengan jeruk ni sehingga menjadi "buruan" semua orang untuk dijadikan buah tangan kalau berkunjung ke Pulau Pinang.

Sedapnya jeruk madu PAK ALI.
Sedapnya jeruk madu PAK ALI.

Cikla paling suka jeruk kedondong dengan mangga. Memang sedap. Kalau makan memang tak nak share punya. Makan sorang pun boleh habis. Selamat memakan jeruk.

Sumber info dan gambar : SINI.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews