Selamat pagi dunia... rezeki.....

Bila cerita pasal rezeki, kita wajib percaya yang semua rezeki yang kita nikmati adalah dari Allah dan telah ditetapkan olehNya. Kalau seseorang itu berkahwin awal, itu rezeki dia untuk merasaikan hidup sebagai suami isteri. 

Jangan pulak cakap, "Eee dia, kahwin muda-muda, dah gatal sangatlah tu." Ada yang lebih teruk lagi, "Eee anak si polan tu kahwin muda sebab dah terlanjur. Bla bla bla." Nauzubillah. 

Janganlah kita berburuk sangka. Tak baik tau. Bagi cikla, tak salah kalau nak kahwin awal, nak-nak pulak zaman sekarang yang penuh dengan dugaan, fitnah dan maksiat. 

Rasanya berkahwin awal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke jalan yang tak elok. Tapi kena ingat jugak yang kita betul-betul dah bersedia, sebab tanggungjawab selepas kahwin lebih berat dan mencabar.

Selamat pagi dunia... rezeki.....
Selamat pagi dunia... rezeki..... Sumber gambar :  www.resepisheilarusly.com

Kalau seseorang tu, bertemu jodohnya lambat pulak, janganlah cakap dia tak laku. Takde maknanya. Kena ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dia berkahwin lambat sebab Allah bagi dia peluang menghabiskan masa dan memberi tanggungjawab sepenuhnya pada keluarganya dulu. Itu rezeki dia untuk hidup lebih dengan ibu bapanya. Rezekinya lebih bersama keluarga.

Semua orang cakap, kalau kita merancang, Allah jugak merancang. So, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jangan nak fikir negatif aje, apa yang penting sentiasa bersangka baik setiap apa yang berlaku. 

Mesti korang cakap, ala cakap memanglah senang, bukan kau yang alaminya. Memang, tapi pada cikla abaikan aje mulut-mulut longkang yang mengata kita itu ini, biarkan aje. Sebab, apa yang terjadi biarlah kita dan Allah yang tau. 

Be positive dan yang penting jangan down dengan apa yang orang sekeliling cakap. Fikir aje mereka, iri hati dengan kita, itu aje. Jangan mudah putus asa, dan manfaatkan setiap masa yang kita ada dengan orang yang kita sayang sebab masa-masa yang sudah lepas tak mungkin kita dapat menikmatinya lagi. Lepas tu, nak menyesal pun tak guna dah.

No comments:

Powered by Blogger.