Kali ni cikla nak share satu lagi drama pilihan cikla iaitu dari slot Lestary TV3 iaitu Kau Aku Kita. Drama ni merupakan adaptasi dari novel yang berjudul sama hasil nukilan Orkid Edyliyne.
Ermm, banyak betul drama adaptasi sekarang ni kan? Tapi, cikla rasa best jugak drama ni, sebab cikla boleh katakan drama ni memang kelakar dan menghiburkan. Lawak je tengok gelagat dua orang pelakon utamanya tu. Nampak diaorang memang ada chemistry. Serasi gitu. Hehe.
Drama ni baru sahaja bersiaran di TV3, setiap Rabu Dan Khamis jam 9 malam. So, cikla nak review sikit pasal drama ni. Jom baca.
Tajuk drama : Kau Aku Kita. (Slot Lestary TV3) - 13 espisod.
Pengarah : Jinggo (Azman Yahaya).
Terbitan : JS Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Tunku Hanis, Shamsul Ghau Ghau, dan ramai lagi.
Ringkasan drama :
Kisah di mana dua orang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis dipanggil nama Iman (Janna Nick) dan si jejaka di panggil dengan nama Aus (Syarul Ridzwan).
Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai.
Pertemuan tak sengaja Iman dan Aus sebab mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya.
Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka.
Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita.
Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.
Aus tertarik dengan Iman yang tak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat.
Aus dengan segera melamar Iman. Iman tak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya.
Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.
Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?
Wah, tak sabar kan nak tau ending apa? Jeng jeng jeng. Agak-agak korang. Hehe. Tapi kalau siapa yang dah pernah baca novel ni mesti dah boleh tau or agak apa last yang terjadi pada si Iman Firdaus ni berdua ni.
Ermmmm, takpelah, sabar menunggu sampai episod akhir nanti.
0 comments: