Orang cakap tua-tua buah kelapa, makin tua makin banyak santannya. Ehhh, betul ke perumpamaan ni? Hehe.
Bolehlah, dekat nak sama kira ok lah tu. Sebenarnya kalau korang nak tau, santan kelapa banyak kebaikannya. Kalau sebelum ni kita selalu dengar ianya lebih sinonim dengan rahsia mendapatkan rambut yang sihat.
Haaaa, betullah tu. Tak payah nak berhabis ribu riban semata-mata nak dapatkan rambut yang sihat dan cantik. Nah, guna aje santan kelapa. Senang je kekdahnya.
Santan mengandungi protein dan zat besi yang baik untuk kesihatan, salah satunya ia sangat baik untuk mendapatkan rambut yang cantik dan bersinar gitu.
Terdapat beberapa kebaikan santan pada rambut kita, iaitu, santan dapat mencegah rambut kusut. Caranya adalah, dengan meratakan santan ke seluruh kepala.
Kemudian, balut kepala dalam tempoh satu jam. Buatlah cara ni sekurang-kurangnya sekali seminggu dan hasilnya nanti pasti tak akan mengecewakan korang.
Selain itu, kalau korang nak tau santan dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, sebab ia mengandungi lemak pati dan vitamin E yang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut lebih menawan di samping dapat mengawal keguguran rambut.

Hanya campurkan santan dengan minyak zaitun dan ratakan keseluruhan kepala dan cuci menggunakan shampoo dan tengoklah hasilnya. Wah, memukau kalbuku. Hihi.
Memang tak dinafikan masalah kelemumur boleh disebabkan oleh kulit kepala kering dan bersisik, dan seterusnya rambut akan rosak.
So, santanlah yang boleh kita gunakan sebagai pelembap yang mempunyai lemak dan ia mampu memperbaiki keadaan kulit kepala kita.
Untuk mereka yang free hair, sudah tentu sinaran matahari dan kualiti udara akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak.
Untuk mereka yang free hair, sudah tentu sinaran matahari dan kualiti udara akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak.
Senang aje, ambil santan dan lumurkan pada kepala. Biarkan seketika sebelum dibilas. Ia dapat menjadikan rambut lebih kuat dan tak mudah putus.
Di samping itu, dengan menambahkan sedikit madu pada santan kemudian lumurkan pada rambut dapat menghasilkan rambut yang cantik berkilauan. Buatlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan korang tengoklah hasilnya nanti.
Mesti korang suka punyalah.

Tengok, korang dah boleh jimat duit kan. Tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Just guna santan je. Bahan semulajadi lagi tu, semua orang mampu. Betul tak?
Sumber : Ruangan hati (Harian Metro).
nice info!
ReplyDelete