Alhamdullilah, abah dah semakin ok.

Rentetan dari peristiwa abah kemalangan motosikal beberapa bulan lepas, alhamdullilah abah semakin membaik. Cerita pasal kemalangan tu cikla ada share di SINI

Walaupun abah tak mengalami kecederaan yang serius (masa kemalangan siap boleh bangun lagi), tapi keadaan ibu jarinya agak teruk, hampir putus. 

Ishh, kita yang dengar ni pun macam seriau dan ngeri je kan, apatah lagi orang yang mengalaminya. Cikla rasa abah cikla masih lagi trauma sebab sejak kejadian tu abah dah tak nak motosikal lagi, mungkin serik kot. Ye lah, kalau cikla pun sama jugak, fobia rasa.

Teringat pulak masa cikla baru-baru lepas SPM, 'merempit' dengan bff cikla. Dia yang bawak. Entah macam mana, masa dia nak 'lap' masuk halaman rumah dia, motor boleh tersasar. Langgar tiang letrik. 

Mujurlah tak, masuk parit. Time tu air parit penuh, kalau tak, entahlah. Masa tu bawak motor abah cikla, teruk jugak motor tu. 

Lepas kejadian tu cikla macam fobia naik motor, nak-nak kalau naik motor yang laju. Macam takut, gayat, fobia, macam-macamlah. 

Bila ingat balik kejadian tu, seram pun ada, kelakar pun ada. First time jatuh motor. Dah dah, lupakan kisah cikla tu. Jom sambung cite pasal abah cikla pulak.

Lepas kejadian tu, abah terpaksa berulang-alik ke klinik sebab nak cuci luka. Hari-hari pulak tu. Kalau weekend kena pergi hospital sebab klinik tutup. Nak cuci sendiri tak reti pulak, lebih baik serahkan pada yang pakar. 

Lagipun, lukanya bukan ringan pun memang agak teruk. Nanti kena jangkitan kuman pulak, lain jadinya kang. Emak cikla pulak setia menemani abah hari-hari berulang-alik ke klinik. Begitu besar pengorbananmu mak, so sweet.

Alhamdullilah, abah dah semakin ok.
Alhamdullilah, abah dah semakin ok.

Alhamdullilah, selepas beberapa bulan, jari abah semakin ok. Tengok gambar kat atas tu. Lukanya pun dah nampak kering dan bercantum. 

Daging-daging baru dah tumbuh semula. Parut muda dah menampakkan dirinya. Itu pun makan memang pantang, sebab takut gatal-gatal and alergik lak. 

Tapi itulah, bekas luka dan jarinya kadang-kadang rasa macam kebas-kebas. Iyelah tu, urat-urat semua putus tu mana nak rasa kot. Huhu.

Abah cikla selalu cakap, umur abah nak panjang. Kalau masa tu moto yang langgar abah, tepat kena abah, tak tau lah. Sedangkan kena jari pun hampir putus, bayangkan kalau motor orang yang langgar abah tu tepat kena badan, huhu. 

Syukurlah, abah selamat dan masa tu abah pakai helmet. Masa  kejadian helmet kekal di kepala. So, risiko nak dapat kecederaan di kepala tu rendah la.

Semoga abah sentiasa sihat dan sembuh sepenuhnya.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews