Ermm. macam dah lama cikla tak up entry terbaru kat blog pician ni. Kebelakangan ni macam agak bizi dengan tugas rutin. Siang ligat buat itu ini, bila malam dapat bantal, bummm tidoq krooohhhh krooohhh, hehe. Maklumlah, superwomen lah kata ko, kihkihkih. Blog kengkawan pun tak abis blogwalking and follow lagi. Sorry gais, nanti cikla singgah and follow sekali, ok.

Sebenarnya cikla nak share pasal ni haa.. al-kisahnya, petang tadi, masa cikla tengah menyapu-nyapu manja kat depan laman (haha, manjalah kekonon), tetiba abang posmen "lap" masuk depan laman cikla. Rupanya dia membawa hadiah cikla menang giveaway tempoh hari. Dua sekali pulak tu, alhamdulillah.

Wah.. abang posmen bawak hadiahlah...
Wah.. abang posmen bawak hadiahlah...

Yang satu tu cikla dah dapat agak apakah isinya.. sebab tulis kat luar tu. Tapi yang satu lagi satu tu tak dapat teka. Nantilah cikla share apakah isi yang sebenar-benarnya ye, yeahhh. I'm happy sesangat.