Wah, panjang pulak tajuk entri cikla ni. Ni ha cikla nak cerita pasal seorang lelaki ni nak kat psiko ke, obses ke, gila seks ke. Tak tau la. Ada ke patut dia letak kamera dalam beg yang telah dilubangkan sebab nak rakam aksi perempuan seksi.
Cikla rasa cikla patut share cerita ni sebab boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan pengajaran pada kita terutamanya kaum wanita. Berhati-hatilah semua wanita diluar sana. Beware dengan orang yang tak dikenali yang berada disekeliling kita. Bukan apa, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.
Salah satunya, macam ni lah. Bukan perempuan seksi aje, semua perempuanlah tak kita free hair ke bertudung, hati-hati bila berada diluar. Nak-nak pulak kita keluar alone. wah memang bahaya. Always alert!
Berbalik pada cerita ni, kejadian berlaku di sebuah mall di Kelana Jaya, suspek dikatakan cuba merakam video seorang akuantan wanita yang memakai skirt. Suspek berusia 30-an dikatakan telah menyembunyikan kamera itu dalam beg dan berpura-pura memegangnya.
Perbuatannya disedari oleh mangsa yang sedang menaiki eskalator bersama teman lelakinya. Mangsa merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan suspek sebab suspek sengaja menyentuh punggungnya dengan beg yang dipegangnya.
Mangsa bagi tau teman lelakinya akan perbuatan tersebut dan teman lelaki yang tak puas hati dengan tindakan biadap suspek menyedari ada cahaya bersinar muncul daripada beg mangsa.
Mereka berdua kemudiannya melaporkan hal itu kepada security di situ sebelum suspek berjaya ditahan. Periksa punya periksa, betullah ada kamera yang disorokkannya dalam kotak dan kemudian disimpan dalam beg yang telah dilubangkan. Suspek kemudian ditahan oleh polis selepas mangsa membuat laporan polis.
Ish ish, memang tak terfikirkan sampai begitu sekali kekreatifan suspek. Kalau kreatif sangat pun, janganlah salahgunakan. Kan dah susah sendiri. Tak pasal-pasal tidur lokap.
Lagi satu alasan yang diberikan suspek memang tak logik langsung. Ada ke dia cakap kamera tu digunakan sedemikian rupa sebab nak uji kamera tersebut selepas ia, baru dibeli. Hahaha, apa punya alasan daaa. Bagilah alasan yang logik sikit.
Apa pun syukurlah sebab suspek dah ditangkap pun. Kalau tak, memang bahayalah. Mana tau lepas ni orang lain pulak jadi mangsa gila seksnya. Mintak dijauhkan dari orang macam ni. Seriau dengar. Ngeri.
Pada wanita di luar sana, nasihat cikla kalau keluar ke mana-mana sekalipun, berpakaianlah yang sopan sedikit. Walaupun tak bertudung, pakaian biarlah sopan, janganlah seksi-seksi sangat. Itu mujur mangsa keluar dengan teman, kalau sorang-sorang macam manalah kan.
Korang jangan marah tau, sebab tak salah kan kita sama-sama ingat mengingati ok. Yang bertudung pulak, jangan ingat kita sentiasa selamat bila berada diluar sana tu. Ingat, penjenayah tak pilih orang. Kalau dia nak buat khianat, siapa-siapa pun boleh kena dan jadi mangsa.
Apa yang penting, sentiasa berwasapada, beringat, dan preparelah apa pun (macam chili spray ke) sebagai senjata masa dalam kecemasan. Kita tak tau kan, bahaya ada di mana-mana. Tak salah kita sentiasa bersedia.
Lagi satu, doa banyak-banyak semoga kita dijauhkan dari orang-orang sebegini. Aamiin.
Sumber : Harian Metro.
ya allah cikla i agreeeed so much with ur statements semua hehe.
ReplyDeletebetul. bertudung ke tak bertudung ke tetap jahat tu ada kan huhu.
ok alasan dia mcm mintak lempang je hahahahhaah
Kan... tu alasan nak jerat diri tu.. bkn setakat mintak lempang... mintak karate sekali tu.. hehe
Deletesepatutnya kamera digunakan pada perkara yang berfaedah....
ReplyDeleteBetul tu.. setuju..
DeleteMemang tak dinafikan.. Pengajaran tuh.. Petanda hati-hati ada yang sentiasa memerhati kita...
ReplyDeleteAlways alert...
Deletemanusia harini makin pelik :(
ReplyDeleteTu la... kdg2 tak terfikir yg dia org boleh buat sampai mcm tu sekali... tak terjangkau akalku..
Delete