Apa khabar? Cikla harap korang sihatlah ye. Cikla macam biasa, alhamdullilah. Hari ni dah Khamis kan? Sekejapnya masa berlalu. Memang tak sedar betapa cepatnya masa berjalan. Syukurlah Allah masih memberi peluang kepada kita menikmati hidup ini. Alhamdullilah.
Oklah, berbalik pada tajuk entri kat atas tu, ia mengenai 'quality time' bersama keluarga tersayang. Sebenarnya, kita sebagai ibu dan ayah perlu meluangkan masa untuk ahli keluarga kita nak-nak pulak pada cuti hujung minggu.
Ada sesetengah orang dah biasa bawak anak isteri berjalan kalau hujung minggu. Anak-anak pun tak bosan. Dan ikatan kekeluargaan pun makin erat.
Bukan apa, kalau si ayah atau si ibu asyik sibuk dengan hal memasing contohnya sibuk dengan kerja yang tak pernah habis, anak-anak mesti rasa macam terasing dan tak dipedulikan.
Ada yang lebih teruk lagi, hal anak-anak diserahkan pada orang gaji atau baby sitter je. Alah, janganlah sampai macam tu sekali, bukan apa lama-kelamaan anak-anak akan terasa bosan dan mulalah buat perkara yang tak betul (khasnya anak-anak remaja).
Tu sebab kalau kita tanya remaja yang bermasalah, kenapa mereka jadi macam tu, kebanyakannya akan mengatakan ibu ayah mereka sibuk dan mereka seperti kurang kasih sayang. Bukan nak salahkan ibu ayah 100%, tapi itulah hakikatnya.
Oklah, kat sini cikla nak selit gambar cikla sekeluarga pergi beriadah di taman Astana Morocco, Putrajaya. Saja bawak anak-anak jalan-jalan memandangkan ayah mereka bercuti.
Quality time with the family. |
Tengok, betapa akrabnya hubungan antara ayah dan anak. Hehehe. Time macam ni lah kita boleh tengok sama ada si ayah ni mesra atau sanggup tak nak layan kerenah anak. Yang anak pulak memang excited lah kan bila di bawa berjalan macam ni. Budak-budak.
Anak-anak cikla memang 'ligat' nampaknya je girl gitu. Tapi, aktifnya mengalahkan boboi, adoii. Ni belum adiknya lagi. Bila dilepaskan berjalan memang tak menang tangan nak 'mengejar' dia. Laju je perginya.
Quality time with the family. |
Quality time with the family. |
Hubungan adik beradik pun kita nampak akrab kan. Si kakak berusaha menjaga si adik. Masa nilah cikla nak tengok macam mana si kakak jaga adiknya. Tapi masih lagi dibawah pengawasan cikla lah. Bahaya juga kan kalau dibiarkan.
Cikla harap pada yang sudah berkeluarga dan ada anak jangan kita terlalu 'mengabaikan' mereka.
Memang kita rasa kita dah cukup memberi dan menyediakan makan pakai dan keperluan mereka, tapi kadang-kadang kita lupa akan satu hal, iaitu masa yang kita luangkan untuk bersama mereka.
Tak kisahlah seminggu sekali or dua kali kita bawak mereka keluar paling tak pun keluar makan, janji kita ada luangkan sedikit masa untuk mereka. Takdelah nanti hal-hal anak sendiri pun kita tak tau.
Peringatan untuk diri cikla jugak. Sebelum tu, cikla nak minta maaf andai ada yang terasa dengan entri cikla ni. Tapi tak salah kan kita saling ingat mengingati.
0 comments: