4 November 2015

Sambutan Hallowen, haram dirai umat islam.

Segala bentuk pesta atau sambutan yang berkaitan dengan kematian, keajaiban dan mitos adalah haram diraikan oleh umat islam kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah mereka. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri "Hallowen adalah haram kerana tasyabbuh dengan golongan kafir sama ada pada akidah mereka, akhlak dan adat yang bercanggah dengan islam. Ini jelas berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka tergolong dalam golongan itu."

Nah, sudah jelas lagi bersuluh kan? Tapi yang sedihnya masih ada segelintir remaja yang menggunakan alasan ala hiburan aje, untuk menghalalkannya. Selain Hallowen, sambutan seperti Valentine's Day dan April Fool juga dilarang untuk disambut sebab ia berkaitan dengan unsur agama lain. Bagi cikla, umat islam seharusnya sedar dan sentiasa berhati-hati sebab zaman sekarang ni macam-macam cara yang boleh menyesatkan akidah mereka, dan kita tak sedar pun kekadang kita terjebak sama. Apa yang penting, sentisa bijak memilih kawan, sebab kawan ni boleh menjebakkan diri kita (ada ke perkataan menjebakkan... hehe) ke pengaruh yang tak elok.

Semoga ini akan menjadi pengajaran dan peringatan pada kita semua. 

Sumber : Laporan Harian Metro.

2 comments: