Menang giveaway : Inilah hadiahnya.....

Semalam kan cikla ada up cerita pasal abang posmen datang bawak dua hadiah giveaway yang cikla menangi. [Nak lihat entri berkenaan klik LINK]. So, ini hari cikla nak share pulak dengan korang semua. Jeng jeng jeng. Apakah hadiah itu ye. Taraaaa, inilah dia.

Menang giveaway : Inilah hadiahnya.....
Menang giveaway : Inilah hadiahnya.....

Hadiah pertama tu cikla menang giveaway MEK ZUMBIE. (klik SINI lihat link giveaway). Cikla menang sebuah cute cup. Comel sangat. Anak cikla dah geram dah nak main ibu dia punya cup yang cute ni. Aiiseeh, mana boleh. Comel apa. Buat perhiasan dan kenangan. Thanks Mek Zumbie for your present. Dikesempatan ni, cikla nak promote sikit blog Mek Zumbie kita ni. 

Blog ni merupakan blog yang menyediakan macam-macam perkhidmatan seperti product review, name card design, banner design, header design, logo design dan card design. Pendek kata semua ada. Kalau korang kot-kot memerlukan perkhidmatan ni, boleh berhubung dengan punya blog. Klik je kat link blog kat atas tu. Ok.

Menang giveaway : Inilah hadiahnya.....
Menang giveaway : Inilah hadiahnya.....

Hadiah kedua cikla tak ingat cikla menang giveaway yang mana. Tapi kat sampul hadiah di luar from NURUL AMRI. Rasanya giveaway DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK.COM.MY. Lupa dah. (klik SINI lihat link giveaway).Walau apapun, thanks ye. Cikla dapat set produk MUSTELA travel pack.

Sejujurnya, first time cikla tau produk ni. Setelah cikla google sedikit info pasal produk ni, barulah cikla tau produk MUSTELA ni adalah produk untuk baby. Rasanya produk ni popular di kalangan orang-orang di luar sana, cuma cikla je agak ketinggalan, hehe. Nanti cikla nak try kat my baby lah. Tapi takdelah baby sangat. Dah setahun lebih pun dia.

Blogger DIANARASHID pun ada buat review pasal produk ni. So, thanks for that info sebab ia amat berguna untuk pengguna yang pertama kali nak cuba macam cikla ni. Blog MAMALINK pun ada cerita jugak pasal produk ni.

By the way, thanks banyak-banyak kepada tuan punya giveaway untuk semua hadiah. Nanti buatlah giveaway lagi, cikla join lagi. Oklah, thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews