5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya.

By Cikla Shahril - May 24, 2018

Bagi mereka yang suka menonton movie menerusi tablet atau gajet mereka, pasti mereka akan mencari yang sesuai terutamanya dari segi saiz skrin yang besar untuk tontonan yang lebih puas dan memuaskan. Betul tak? 

So, ada 5 tip yang korang boleh praktikkan semasa membeli tablet yang diidamkan.

5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya.
Gambar diubah suai dari carian Google. 

Saiz skrin yang besar.
Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, saiz skrin yang besar akan membuatkan kita rasa puas semasa menonton cerita sebab lebih jelas dan terang. Bak kata orang, boleh nampak semua. Haha.

Resolusi skrin. 
Masih lagi berkisar pasal skrin, selain dari saiznya resolusi skrin jugak tak kurang pentingnya. Ini kerana, resolusi skrin yang lebih besar akan mampu memberikan pengalaman menonton yang lebih awesome kepada korang. 

Ciri audio teater.
Bagi cikla, kalau kita nak tengok movie, faktor audio memang cikla titikberatkan. Bukan apa, ciri ini akan membuatkan kita seperti menonton di panggung wayang. *feel tu penting ye. Hihi. So, tablet Lenovo Tab 3 pilihan terbaik.

Paparan skrin. 
Selain dari saiz dan resolusi yang sangat penting, paparan skrin jugak perlu diambil kira. Paparan skrin terbaik akan menjamin keseronokan kita semasa menonton. So, jangan lupa tau ciri yang satu ini.

Ketahanan bateri.
Dalam memilih apa jugak bentuk tablet termasuklah telefon pintar, ketahanan bateri memang sangat penting. Iyelah kan, nanti baru tengok separuh movie bateri dah kong  pulak. Tak syok pulak kan. Betul tak? Contoh gajet yang mempunyai sokongan bateri terbaik adalah Apple IPad Air 2. 

Kredit Ruangan IT@Metro.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Anonymous24 May, 2018

    It's really a nice and helpful piece of info. I am satisfied that
    you shared this useful info with us. Please keep us up to date like this.
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan tips ni

    ReplyDelete
  3. aida prefer laptop.
    senang. jelas.
    tablet ada sebuah. ijat yg punyaaaa...

    ReplyDelete