Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

By Cikla Shahril - September 16, 2017

Kebelakangan ni, kita selalu baca dan dengar kisah mereka yang masih mudah terkena serangan jantung. Pada cikla, penyakit ni kadang-kadang tak memilih usia. Sesiapa saja boleh kena.

Untuk pengetahuan korang, serangan jantung berlaku bila aliran darah dan oksigen ke bahagian jantung  tersekat. 

So, ini akan menyebabkan otot jantung mula 'mati' disebabkan kekurangan oksigen. Kalau aliran darah itu tak dipulihkan segera, ini akan memberikan kesan buruk pada jantung, dan ia boleh membawa maut. 

Sebenarnya, ada beberapa tanda yang kita mesti tau sebulan sebelum serangan jantung itu terjadi. Cikla rasa, benda ni penting supaya jika ia berlaku pada diri kita, kita boleh terus dapatkan rawatan demi menyelamatkan nyawa. Insha Allah.

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

Berikut adalah tanda Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebuflan sebelum, iaitu;

  • Merasa terlalu letih dan lesu. Kalau korang nak tau, salah satu tanda awal serangan jantung adalah keletihan yang melampau. Walaupun korang dah tidur, dan rehat yang banyak, tapi kalau korang still rasa letih dan lesu jugak. Kalau terjadi macam ni, lebih baik korang pergi check doktor supaya pemantauan terhadap jantung korang boleh dilakukan. 
  • Mengalami gangguan tidur (insomnia). Sebenarnya, jika korang mengalami gangguan tidur, itu tak bagus tau. Ada sesetengah orang selalu bangun di tengah malam untuk ke toilet, atau nak minum air. Tapi, kalau dah tengah malam korang still tak mengantuk juga dan susah nak tidur, elok orang pergi jumpa doktor cepat-cepat. 
  • Merasa sesak nafas. Bagi cikla, kalau dah sesak nafas ni bahaya tau. Kalau korang nak tau, sesak nafas adalah tanda jantung korang tak mendapat oksigen yang mencukupi. So, masa korang bernafas tu rasa macam tak cukup je, nafas pun pendek je. Jangan pandang remeh pasal ni, sebab sesak nafas adalah petanda utama bahawa korang ada masalah jantung. 
  • Mengalami masalah pencernaan. Walaupun kadang-kadang korang rasa senak kalau makan makanan yang pedas, korang kena ingat jugak rasa ketakselesaan itu jugak merupakan tanda awal serangan jantung. 
  • Mengalami rasa bimbang pada hal yang tak jelas. Macam anxiety lah. Risau tak tentu pasal. Itu pun tanda awal serang jantung. 
  • Merasa kebas dan lenguh pada lengan dan bahagian lain tubuh. Kalau korang nak tau, bila jantung korang tak terima oksigen yang cukup untuk ia menjalankan fungsinya, biasanya ia akan  menghantar impuls kepada tulang belakang korang. So, keadaan ni akan menyebabkan bahagian saraf yang saling berhubungan iaitu antara jantung, tulang belakang, dan lengan akan  menghantar impuls yang menyebabkan sakit dalam lengan korang. So, jangan pandang ringan pada kebas-kebas ni tau.

Semoga bermanfaat.

Sumber SINI

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Mudah2an kita dijauhi daripada penyakit pembunuh senyap ni.
    Sayangilah jantung kita
    Amalkan pemakanan sihat.

    ReplyDelete
  2. Thank you Info CikLa..huhu..harap jantung saya sihat lah...

    ReplyDelete