Mungkin ada orang fikir penyakit tiroid ni sama je. Maksud cikla, setiap orang yang mengidap penyakit tiroid ni tak semestinya sama jenis penyakitnya.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Pada umumnya, penyakit tiroid dikategorikan kepada 3 jenis yang biasa, iaitu;
- Masalah struktur iaitu ia melibatkan bengkak atau goiter atau beguk dan biji atau nodul.
- Masalah fungsi iaitu bacaan hormon tiroid yang terlalu tinggi dipanggil hipertiroidisme atau bacaan hormon tiroid yang terlalu rendah dipanggil hipotiroidisme.
- Kanser tiroid yang mana sesetengah pesakit kadang-kadang akan mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang dinyatakan diatas. Sebagai contoh, seorang pesakit Hashimoto's tiroiditis yang mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid dan hipotiroidisma, manakala pesakit multinodular goiter kebanyakannya tidak mempunyai sebarang masalah hormon.
Untuk pengetahuan korang, kanser tiroid terutamanya jenis kanser tiroid papilari (papillary thyroid cancer) merupakan jenis kanser paling selalu ditemui dan ia adalah kanser yang mudah dirawat.
Survival rate mencapai 99%, maknanya jenis kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia jika dibandingkan dengan kanser-kanser lain.
Sesetengah penyakit tiroid adalah penyakit keturunan. Jadi, sangat digalakkan ahli keluarga pesakit tiroid untuk membuat pemeriksaan.
Cikla yang no. 3. Korang doakan cikla untuk terus kuat hadapi ujian ni ye.
Sumber : Dr Arif Shahar (Pakar Perubatan dan Endokrinologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia66).
Adik ipar sy hidap hipertiroidisme. Adik bongsu pun sama. Tapi alhamdulillah masih boleh dirawatkan. Semoha cikla cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteOrg yg ada sakit tiroid ni apa yg paling penting jgn skip ubat. InshaAllah boleh dikawal.
DeleteTerima kasih atas ucapannya.
Semoga cepat sembuh cikla. saya baru-baru ni suspek tiroid. tapi selepas buat check up alhamdulillah bukan tirod.
ReplyDeleteharap cikla tabah dan kuat menghadapi ujian ni ya.
Alhamdullillah syukurlah bkn tiroid. Terima kasih atas ucapannya.
Deletesebenarnya orang yang makan banyak tapi kurus je tu pun kena berjaga2..ada kemungkinan kena penyakit tiroid ni, ada kacau bilau hormon kat mana2..
ReplyDeleteBetul. Cikla dulu mcm tu la. Mkn mmg byk, tp kurus berat x naik2..
Delete